UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) MELAKA & WHITE STUDIO KL

E-mail Print PDF

MoU : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) MELAKA & WHITE STUDIO KL

9 September 2013, Bilik Mesyuarat Utama UiTM Melaka

Tujuan MoU ini adalah untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama Alumni melalui sumbangan idea dan kepakaran serta perlaksanaan program pembangunan profesionalisme. Universiti Teknologi MARA Melaka berperanan penting sebagai gedung ilmu dan pembangunan manusia bagi meghasilkan ilmuan, cendekiawan, kesarjanaan, pekerja mahir dan separa mahir untuk menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

Sehubungan itu, perjanjian ini dijadikan platform dalam usaha menjalin hubungan antara alumni dengan pihak universiti untuk faedah bersama membangunkan kecemerlnagan universiti menerusi program yang membabitkan sumbangan kepakaran dan kemahiran yang dapat dikongsi bersama bakal graduan untuk peningkatan diri dan kerjaya mereka kelak.

Justeru itu, Unit Perhubungan Alumni bertindak menawarkan peluang pekerjaan dan memberi peluang kepada bakal graduan dalam menjalani latihan industri bagi memperoleh ilmu dan kepakaran. Pada masa sama, alumni turut menyokong usahaa universiti untuk merealisasikan hasrat alumni dalam memberi sumbangan kepada pembangunan Universiti dan mengamalkan nilai murni di mana jua mereka berada.

Usaha Unit Perhubungan Alumni UiTM Melaka dalam merealisasikan Perjanjian Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara UiTM dan White Studio KL ini adalah bertujuan:

  • Menjalin hubungan antara universiti dan alumni melalui aktiviti yang dirancang
  • Mewujudkan hubungan berterusan demi kemajuan universiti dan alumni untuk kesejahteraan serta perlaksanaan program pembangunan profesionalisme
  • Menawarkan peluang latihan industri kepada bakal graduan

Upacara menandatangani perjanjian kemudian dilakukan oleh Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni, Prof Madya Dr Roaimah Hj Omar (PIHAK PERTAMA) dan Penolong Penerbit White Studio, Hazreenda Mahamat Tarmeeze (PIHAK KEDUA).  Sementara pejanjian ini disaksikan oleh Rektor UiTM Melaka, Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim (PIHAK PERTAMA) dan Pengarah Urusan White Studio, Bustamam Mokhtar (PIHAK KEDUA).