Bicara Wartawan Muda - Harits Asyraf Hasnan

E-mail Print PDF

BICARA WARTAWAN MUDA: Untuk Apa Menulis?

Bersama Wartawan Astro Awani , Harits Asyraf Hasnan

11 September 2013, Dewan Kuliah 6 KPP3, UiTM Melaka

“Bicara Wartawan Muda : Untuk Apa Menulis?” adalah program anjuran Unit Perhubungan Alumni bersama Kelab Wartawan Muda Mahasiswa (STUDENT PRESS CLUB) dan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (FKPM).

Seramai hampir 200 peserta merupakan para pelajar semester 3 dan 4 dari FKPM telah menjayakan program ini di Dewan Kuliah 6, KPP3.

Sesi perkongsian ilmu ini menjemput saudara Muhammad Harits Asyraf Hasnan yang juga merupakan Alumni FKPM UiTM Melaka. Beliau dipilih untuk program ini adalah disebabkan penglibatan beliau dalam industri kewartawanan pada usia muda boleh dibanggakan dan dapat memberi motivasi dan semangat lepada penulis muda di UiTM ini.

Antara perkara yang dikongsi bersama dalam program ini ialah:

  • Peranan wartawan muda dalam mengendalikan laporan berita
  • Penulisan berkesan untuk media
  • Etika kewartawanan
  • Media cetak dan media atas talian
  • Cabaran wartawan muda dalam industri kewartawanan
  • Pengalaman dan contoh-contoh kritikal beliau sepanjang bergelar wartawan.

Perkongsian ilmu ini berlangsung hampir satu jam dan kemudian dibuka kepada sesi soal jawab bersama para pelajar. Sembilan soalan diajukan kepada panelis dan kesemuanya telah dijawab menepati persoalan mereka.

Dengan penganjuran program seumpama ini dapat dilihat ramai pelajar menunjukkan minat terhadap keterlibatan dalam bidang kewartawanan. Berbanding penulisan blog, lebih ramai pelajar kini sudah mula menulis secara lebih profesional.

Program ini menjadi satu titik permulaan kepada para pelajar FKPM yang mempunyai minat dan kepakaran menulis untuk menyalurkan penulisan ke saluran yang betul dengan penuh etika dan kompeten.