Bicara Tokoh - Datuk Zakaria Abdul Wahab

E-mail Print PDF

PROGRAM BICARA TOKOH: Bersama Timbalan Ketua Pengarang BERNAMA

Datuk Zakaria Abdul Wahab

19 November 2013, Dewan Taming Sari

Unit Perhubungan Alumni dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) merangka program “Bicara Tokoh” yang antara lainya bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa dan pemimpin di kalangan alumni yang telah berjaya untuk  mencurahkan pengalaman serta ilmu yang mereka ada kembali kepada universiti.

Bersesuaian dengan Minggu Destini Siswa, program ini memberi pendedahan kepada golongan mahasiswa untuk  melengkapkan diri dengan kegiatan dalaman yang boleh meningkatkan jati diri seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritikal, berintegriti dan kreatif serta inovatif.

Transformasi era global menghambat mahasiswa untuk berdepan dengan pelbagai cabaran. Justeru, progrma ini bertujuan :

  • Menyediakan “role model” yang terdiri daripada pemimpin alumni yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing sebagai pemangkin semanagt pelajar baru. Mereka akan berkongsi pengalaman pembelajaran sehinggalah ke takuk kejayaan yang diperolehi.
  • Memberi nasihat kepada mahasiswa bahawa belajar dari pemgalaman merupakan satu cara belajar yang amat berharga diperoleh di luar waktu kuliah.
  • Memberi peluang pekerjaan atau penempatan latihan praktikal kepada mahasiswa di syarikat-syarikat alumni.

Program ini dilihat sebagai satu sesi motivasi kepada mahasiswa untuk berjaya dalam akademik dan juga kurukulum hasil perbincangan dan perkongsian pengalaman dan ilmu olelh alumni yang sangat-sangat berjaya dalam kedua-dua ( akademik & perniagaan).

Program ini juga membuka minda mahasiswa untuk sentiasa aktif dalam pelajaran bagi memperoleh kejayaan optimun dalam industri kelak. Sesi perkenalan dan perkongsian ilmu ini dihadiri kurang lebih 1,000 mahasiswa semester pertama.