Perpustakaan

E-mail Print PDF

Kaunter Perpustakaan


 

Perpustakaan UiTM Melaka telah ditubuhkan pada 15 Ogos 1984, yang peringkat awalnya terletak di kampus utama di Jalan Hang Tuah, Melaka.

Perpustakaan ini telah berpindah ke bangunan tetap yang terletak di Alor Gajah pada bulan Oktober 1999. Seramai 1600 orang pembaca boleh ditempatkan dalam perpustakaan dan selainnya seramai 390 orang di ruang diskusi. Sebagai sebuah gedung ilmu Perpustakaan UiTM Melaka telah menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan warga UiTM.

Misi

Beriltizam menyediakan dan membantu masyarakat UiTM supaya berbudaya ilmu dan kaya maklumat melalui pembacaan, pendidikan, penyelidikan dan penggunaan bahan serta peralatan dengan mengadakan persekitaran yang selesa dan mesra, sesuai dengan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Visi

Menjadi pusat maklumat yang cemerlang bagi mewujudkan masyarakat UiTM yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat.

Objektif

* Menjadikan Perpustakaan UiTM Kampus Melaka sebagai sebuah pusat maklumat yang cemerlang dari aspek perkhidmatan dan kepelbagaian koleksi yang mantap.
Berusaha menjadikan Perpustakaan UiTM Kampus Melaka sebagai perpustakaan maya dan elektronik yang mantap serta meningkatkan pengurusan dan perkhidmatan .
* Menyokong semua program pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan pembangunan ilmu di UiTM dengan menyediakan dan memaksimumkan penggunaan pelbagai jenis bahan perpustakaan dan kemudahan teknologi maklumat.
* Menyediakan ruang untuk keselesaan pelanggan, staf, penempatan bahan dan peralatan.
* Mewujudkan tenaga kerja yang terlatih, mempunyai pelbagai kemahiran, beretika tinggi, proaktif dan semangat berpasukan melalui latihan, pendidikan yang berterusan serta peningkatan dalam kerjaya.
* Berusaha mewujudkan masyarakat UiTM yang bermaklumat, berilmu, berbudaya membaca dan membudayakan penyelidikan melalui penyediaan bahan sumber dan peralatan yang sesuai, terkini dan mencukupi.

Sila layari laman web Perpustakaan UiTM Melaka : http://melaka.uitm.edu.my/library/