Hal Ehwal Pelajar

E-mail Print PDF

Pengenalan

Bahagian Hal Ehwal Pelajar berperanan memastikan penyediaan prasarana yang kondusif bagi pembelajaran dan urusan yang berkaitan dengan pembangunan pelajar, kemudahan kolej kediaman, kemudahan bantuan kewangan, kesihatan, kebajikan, kaunseling peribadi dan kerjaya, kegiatan persatuan, aktiviti sukan serta keusahawanan pelajar.

Bahagian ini juga terlibat dalam urusan sahsiah dan disiplin pelajar.

Fungsi HEP:-

  • Menyediakan kemudahan penginapan dan insentif bantuan makanan kepada pelajar yang layak.
  • Menyelaras perhubungan pelajar dengan pentadbiran UiTM, institusi-institusi pengajian tinggi, agensi kejaraan dan swasta, pertubuhan luar dan orang perseorangan.
  • Mengurus, menyelaras dan melaksanakan aktiviti Kokurikulum dan Program Pembangunan Pelajar.
  • Menyelaras kegiatan pelajar seperti aktiviti berpesatuan, intelektual, kepimpinan, sukan, kebudayaan, keusahawanan, keagamaan dan social.
  • Memberi perkhidmatan kaunseling dan bimbingan kerjaya kepada pelajar.
  • Membantu pelajar mendapatkan bantuan kewangan dalam bentuk dermasiswa, biasiswa dan pinjaman.
  • Menguruskan dan memberikan perkhidmatan kesihatan termasuk hal-hal kecemasan dan kematian.
  • Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelajar yang tinggal di luar kampus (Pelajar NR).
  • Menjaga ketenteraman dalam dan luar kampus melalui pelaksanaan Akta 174, Akta Institusi-Institusi (Pelajaran) Tatatertib 1976

VISI

Menjadi bahagian yang unggul dalam memberi perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.

 

MISI

Melahirkan graduan yang berperibadi murni, global, kreatif, berketerampilan, mempunyai jati diri, patriotik, bertanggungjawab, bertaqwa dan berdaya saing.

 

OBJEKTIF

Bagi mencapai Visi dan Misi tersebut, Bahagian HEP UiTM (Melaka) Kampus Jasin menggariskan 2 objektif seperti berikut:-

  • Merangka dan melaksanakan program pembangunan palajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah (value added) bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik.
  • Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh yang sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat.