Pejabat Bendahari

E-mail Print PDF

Pejabat Bendahari

Pengenalan Pejabat Bendahari
 
Pejabat Bendahari Kampus Alor Gajah, Melaka diketuai oleh Timbalan Bendahari. Disamping itu, beliau dibantu oleh seorang Penolong Bendahari. Terdapat empat (4) unit utama di dalam struktur Pejabat Bendahari iaitu Unit Pengurusan Perolehan dan Belanjawan, Unit Pengurusan Wang, Unit Pengurusan Akaun dan Amanah, dan Unit Pengurusan Harta dan Inventori. Setiap unit tersebut diketuai oleh seorang Pegawai Kerja Akaun atau Penolong Akauntan. Jumlah terkini kakitangan Pejabat Bendahari ialah seramai 20 orang yang berstatus tetap.

Visi

Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi
Mengendalikan khidmat pengurusan kewangan dengan cekap, cepat, tepat, dan bertanggungjawab selaras dengan Objektif dan Misi UiTM.

Objektif

Pejabat Bendahari merupakan salah satu bahagian utama yang bertanggungjawab untuk menguruskan sumber kewangan dan perolehan Universiti Teknologi MARA, Kampus Melaka untuk mencapai objektif-objektif berikut:
  • Mencapai pengurusan kewangan terbaik dengan mendapat sijil Audit Bersih.
  • Meningkatkan persepsi dan kepuasan pelanggan dengan menepati Piagam Pelanggan dan peraturan yang ditetapkan.
  • Menggalakkan budaya penambahbaikan berterusan oleh semua staf dengan penglibatan staf sekurang-kurangnya dalam satu projek atau inisiatif kualiti setiap tahun.
  • Mencapai penggunaan 100% sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi semua operasi sistem pengurusan kewangan.

Dasar Kualiti

Pejabat Bendahari akan melaksanakan sistem pengurusan kewangan secara profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan profesional.

"Kualiti Untuk Semua, Akauntabiliti Bersama" sebagai teras perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Fungsi Utama

Pengurusan Kewangan

  • Penerimaan Hasil UiTM
  • Pengurusan Kewangan Pelajar
  • Pengurusan Bayaran Kepada Pembekal
  • Pengurusan Bayaran Pelbagai.

Pengurusan Kawalan Kewangan

Pengurusan Perolehan

  • Pengurusan Sebutharga & Tender
  • Perancangan Perolehan Tahunan
  • Pengurusan Harta Benda & Stor

Pengurusan Belanjawan

  • Penyediaan Belanjawan UiTM
  • Perancangan Perolehan Tahunan
  • Pengurusan Harta Benda & Stor