Unit Kenderaan

E-mail Print PDF

Pengenalan

Unit Kenderaan merupakan penyedia utama kemudahan pengangkutan bagi semua aktiviti dalaman dan luaran kampus. Perkhidmatan yang disediakan adalah sejajar dengan dasar perkhidmatan yang diamalkan iaitu menyediakan perkhidmatan dan memberikan kemudahan yang terbaik serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi melahirkan graduan yang kompetatif.

Fungsi Utama Unit Kenderaan :-

  • Bertanggungjawab menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pelajar dan staf secara sistematik melalui perkhidmatan bas kampus dengan memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Perkhdimatan bas di sediakan dari jam 7.00 pagi - 7.00 petang setiap hari.
  • Penyediaan kenderaan rasmi UiTM berdasarkan kepada permohonan yang diterima dan bergantung mengikut kenderaan yang ada.
  • Memastikan aktiviti penyelenggaraan kenderaan mengikut jadual.

Aktiviti Unit Kenderaan :-

  • Menyediakan perkhidmatan bas Kampus UiTM Melaka Kampus Jasin.
  • Mengedalikan permohonan kenderaan daripada Kakitangan UiTM & Pelajar
  • Penjadualan perjalanan kenderaan setiap hari

Kenderaan Yang Disediakan :-

  • Bas Kampus / Aktiviti Pelajar
  • Kereta
  • Van

Perkhidmatan Yang Disediakan :-

  1. Bas Kampus
    • Perkhidmatan Bas Kampus UiTM Melaka Kampus Jasin disediakan secara percuma untuk kemudahan pelajar Non-Resident menghadiri kuliah. Laluan Bas Kampus yang ditetapkan adalah hasil perbincangan bersama diantara Unit Kenderaan, Majlis Perwakilan Pelajar, Unir NR dan unit-unit yang berkaitan. Jumlah bas yang disediakan pada setiap hari adalah sebanyak 1 buah.
    • Bas Panorama Melaka telah dibenarkan oleh Pihak Pengurusan UiTM untuk beroperasi di dalam kawasan UiTM bagi menjalankan perkhidmatan pengangkutan kepada pelajar dengan kadar bayaran yang minimum. Ini adalah merupakan salah satu inisiatif UiTM untuk memudahkan urusan membawa pelajar UiTM ke luar Bandar Melaka pada hujung minggu.

2.  Bas Bagi Program Pelajar.

(Kemudahan bas untuk program akademik dan aktiviti-aktiviti pelajar disediakan oleh Unit Kenderaan dan Syarikat Sewaan Luar)

    • Bas UiTM - Kemudahan Bas disediakan kepada kumpulan pelajar yang mengikuti aktiviti-aktiviti kokurikulum dan juga lawatan akademik. Pelajar disarankan untuk berbincang dengan Unit Kenderaan sebelum menetapkan tarikh program yang akan dilaksanakan.
    • Syarikat Sewaan Luar - UiTM telah melantik Syarikat Sewaan Luar untuk menyediakan perkhdimatan bas chatter dan van sekiranya bas UiTM telah digunakan sepenuhnya.

Hubungi Kami :-

Unit Kenderaan

Bahagian Pentadbiran

UiTM (Melaka) Kampus Jasin

77300 Merlimau,

Melaka Bandaraya Bersejarah.

Tel : 06-264 5014 / 5024

Faks : 06-264 5016