Hal Ehwal Pelajar

E-mail Print PDF
En. Norazman Bin Harun
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar

Pengenalan

Bahagian Hal Ehwal Pelajar merupakan salah satu bahagian terpenting di UiTM Melaka. Bahagian ini bertanggungjawab dalam melaksanakan dua (2) fungsi penting iaitu:

  1. Perkhidmatan pelajar
    Perkhidmatan ini meliputi kemudahan penempatan, makanan, bantuan kewangan dan biasiswa pelajar, kebajikan pelajar dan perhubungan pelajar.

  2. Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar
    Perkhidmatan ini merangkumi latihan pembangunan pelajar, pelaksanaan aktiviti pelajar, pembangunan sahsiah, kursus BTN, kegiatan ko-kurikulum, pembangunan sukan, khidmat penempatan pekerjaan dan pembangunan kerjaya, khidmat bimbingan kaunseling, pembangunan keusahawanan dan kebudayaan dan keseniaan.
Terdapat 9 Unit di Bahagian Hel Ehwal Pelajar iaitu :-
  • Unit Pentadbiran Am
  • Unit Pentadbiran Kolej
  • Unit Sukan
  • Unit Kesihatan
  • Unit Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling
  • Unit Kebudayaan dan Kesenian
  • Unit Kokurikulum
  • Unit Alumni
  • Unit LPPKP

Pejabat Hal Ehwal Pelajar

Visi

Menjadi sebuah bahagian yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.

Misi

Melahirkan graduan yang berperibadi murni, global, kreatif, berketrampilan, mempunyai jati diri, patriotik, bertanggungjawab, bertaqwa dan berdaya saing.

Objektif

Bagi mencapai visi dan misi tersebut, Bahagian HEP UiTM Melaka memfokuskan 3 objektif seperti berikut :-
  1. Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat.
  2. Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik, menepati ciri-ciri model graduan UiTM.
  3. Menggalakkan penggunaan IT sesuai dengan perubahan masa kini sejajar dengan dasar negara.