Polis Bantuan

E-mail Print PDF

LATAR BELAKANG UNIT POLIS BANTUAN

Institut Teknologi MARA (ITM) Melaka telah diwujudkan di Jalan Hang Tuah pada tahun 1984 yang mana Unit Keselamatan terdiri 6 orang Pengawal Keselamatan. Pada tahun 1985, keanggotaan Unit Keselamatan telah bertambah kepada 10 orang. Seterusnya pada tahun 1986, keanggotaan menjadi 15 orang. Pada tahun 1993, ITM Melaka yang terletak di Jalan Hang Tuah telah berpindah ke kampus tetap iaitu di Lendu yang dikenalai sebagai UiTM Kampus Alor Gajah. Keanggotaan Unit Keselamatan telah bertambah dari tahun ke tahun sehingga pada tahun 2007 keanggotaan menjadi 43 orang.

Pada tahun 2007 juga, UiTM Melaka telah mempunyai Kampus Bandar yang terletak di Bangunan Graha Jaya dan dikenali sebagai UiTM Kampus Bandaraya Melaka yang menempatan pelajar-pelajar peringkat Ijazah sementara Kampus Alor Gajah bagi peringkat Diploma.

Pejabat Polis Bantuan UiTM Melaka
Struktur pentadbiran dan organisasi telah berubah-ubah mengikut perkembangan semasa universiti sama ada diletakkan dibawah seliaan Pengarah Kampus dan Pejabat Pendaftar. Bahagian Keselamatan UiTM telah mendapat kelulusan penubuhan Unit Polis Bantuan melalui surat Cawangan Pembantu PDRM bertarikh 18 April 2011. Mulai 1 Ogos 2011, Pentadbiran Polis Bantuan diletakkan di bawah Naib Canselor dan dikenali dengan nama Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM. Bagi kampus-kampus negeri, pentadbiran mereka diletakkan di bawah Rektor Kampus dan dikenali dengan nama Pejabat Polis Bantuan. Fungsi dan peranan Polis Bantuan masih sama tetapi skop tugas dan bidang kuasa telah diperluaskan dengan mempunyai kuasa-kuasa Polis.

Pada tahun 2012 Pejabat Polis Bantuan Kampus Alor Gajah mempunyai keanggotaan seramai 43 org dan Kampus Bandaraya seramai 26 orang.

Objektif Jabatan / Pejabat

Objektif adalah seperti berikut untuk mencapai objektif UiTM:

1. Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan.
2. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan keselamatan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif.
3. Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan secara cekap dan berkesan.
4. Piagam Pelanggan Jabatan / Pejabat


Kami beriltizam memberikan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berkesan dengan :

1. Mengambil tindakan bantu mula terhadap makluman kes kecemasan dalam tempoh kurang 7 minit.
2. Menurunkan trend kadar jenayah dalam kampus kepada 1%.
3. Menurunkan trend kadar pelanggaran peraturan dalam kampus kepada 10%.
4. Mengemukakan tindakan susulan ke atas laporan kejadian dalam tempoh 5 hari daripada tarikh laporan diterima kepada pihak yang berkenaan.
5. Memberi maklumbalas terhadap permohonan perkhidmatan dalam tempoh 5 hari daripada tarikh permohonan diterima.
6. Menambahbaiki secara berterusan prestasi penyampaian perkhidmatan supaya aduan negatif tidak berulang.

 

Logo Polis Bantuan UiTM



Motto Polis Bantuan UiTM

“TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH”

 

 

Pejabat Trafik

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

Melaksanakan kawalan STATIK dengan memastikan semua pelanggan mengikut peraturan-peraturan yang telah di tetapkan oleh UiTM.

  • Peraturan keluar masuk pelajar, staf pelawat, kontraktor
  • Pemeriksaan kenderaan pelajar, staf, pelawat dan kontraktor
  • Peraturan membawa keluar barang harta benda UiTM

Tugas Rondaan

  • Meronda kawasan ke semua bangunan-bangunan yang berada dalam kampus
  • Memastikan pelajar-pelajar mengikut peraturan-peraturan kolej dan peraturan UiTM

Khidmat Siasatan

  • Melaksanakan operasi keselamatan di kolej dan tempat-tempat strategik
  • Memantau, mengumpul, mencari maklumat tentang kejadian dan aktiviti pelajar di dalam atau di luar kampus.

Perkhidmatan Lalulintas

  • Melaksanakan operasi lalulintas bagi memastikan peraturan Lalulintas mengikut Ordinan Lalulintas Jalan 1958 dipatuhi.
  • Memastikan kenderaan diletak tempat yang dikhaskan.