ILQaM

E-mail Print PDF

 

Pengenalan ILQaM

Unit Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti (UKPK) UiTM Melaka telah ditubuhkan pada pertengahan bulan Jun 2003 apabila Unit Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (USPP) dibubarkan (Pekeliling Naib Caselor Bil. 13/2003) berikutan dengan penubuhan Institut of Leadership and Quality Management (ILQaM) dan pembubaran Pusat sumber Pengajaran dan Pembelajaran di UiTM Shah Alam.

Melalui penstrukturan semula UiTM 2003 yang dilaksanakan secara berperingkat ILQaM dengan rasminya di tubuhkan sebagai sayap cawangan bagi ILQaM . Oleh yang demikian UKPK melaksanakan tanggunjawab yang dikenal pasti oleh ILQaM.

Fungsi

  • Integriti keprofesional dan kualiti kpimpinan akademik termasuk kefahaman visi dan misi Universiti dan penghayatan etika akademik.
  • Kualiti pengurusan akademik.
  • Kualiti pengajaran dan teknologi pembelajaran.
  • Latihan dalam pengajaran dan penyelidikan (khusus di UiTM Kampus Melaka)
  • Buat masa ini pengurusan UiTM Kampus Melaka menangguhkan perlaksanaan fungsi keempat UKPK yang dikenalpasti iaitu;
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) staf akademik selaras dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM)

 

Misi

  • Mempertingkatkan kompetensi staf akademik secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek kepimpinan pengajaran, penyeliaan dan mutu perkhidmatan menerusi latihan professional yang terancang dan komprehensif.

Visi

  • Menjadi pusat peninggian keprofesionalan dari aspek kepimpinan dan pengurusan berkualiti dikalangan semua staf akademik selaras dengan matlamat Universiti untuk melahirkan graduan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Objektif

  • Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompentasi.
  • Mencapai hasil kerja yang berkualiti.
  • Meningkatkan kompetensi dan produktiviti.
  • Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif.
  • Mewujudkan nilai cipta (value creation) dan nilai tambah (value added) di dalam sektor awam.
  • Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.

Bagi merealisasikan objektif-objektif di atas, pihak pengurusan UiTM membuat ketetapan iaitu setiap orang diberi peluang menjalani latihan selama 56 jam setahun mengikut pecahan berikut:-

  • 20 jam untuk latihan Kompentasi Umum
  • 20 jam untuk latihan Kompentasi Khusus
  • 16 jam untuk latihan ICT.

Moto

  • Menjana Modal Insan Minda Kelas Pertama

Piagam Pelanggan

InsyaAllah kami di iLQAM berazam akan sentiasa memantapkan perkhidmatan berkaitan latihan staf akademik melalui perkara-perkara berikut :-

  • Menyalurkan maklumat latihan iLQAM Shah Alam kepada kakitangan akademik dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan maklumat.
  • Mengendalikan latihan kakitangan akademik berdasarkan borang keperluan latihan (TNA).
  • Menyiapkan laporan latihan kakitangan akademik dalam masa dua (2) minggu selepas latihan dilaksanakan.
  • Memastikan setiap pensyarah menghadiri sekurang-kurangnya 30 jam latihan dalam (6) bulan pertama tahun semasa.
  • Menghantar borang penilaian keberkesanan latihan kepada kakitangan akademik selepas tiga (3) bulan latihan dilaksanakan
“Menjana Modal Insan Kelas Pertama”