UPENA

E-mail Print PDF

Pengenalan UPENA

UPENA UiTM Kampus Melaka telah ditubuhkan pada awal tahun 2002, atas permintaan UPENA induk bagi tujuan memudahkan apa jua komunikasi antara UPENA induk dan Kampus. Manakala UPENA induk telah ditubuhkan pada 10 Januari 1981 dikenali sebagai Biroteks dan kemudian ditukar nama kepada UPENA (UNIT PENERBITAN UNIVERSITI) sejak ITM ditukar nama ke Universiti Teknologi MARA.

Objektif

Objektif UPENA UiTM Kampus Melaka adalah selaras dengan objektif UPENA :-

  • Menggalakkan kakitangan akademik menghasilkan penulisan karya asal atau menterjemah bahan bacaan untuk kegunaan para siswazah.
  • Meningkatkan penghasilan bahan-bahan penerbitan yang berkualiti sebagai pemangkin ke arah pembentukan masyarakat professional yang berilmu, berkaliber, berdikari, dan bertakwa.
  • Menghasilkan karya untuk rujukan semua pembaca akademik dan intelektual.
  • Merangsang kakitangan UiTM untuk menulis dan menterjemah buku.

Tugas & Tanggungjawab Penyelaras UPENA

Menganjur/mengelola bersama kursus, bengkel dan latihan penulisan berkaitan penulisan buku teks dan lain-lain bahan penulisan yang diaturkan oleh UPENA Induk atau atas initiatif sendiri dengan kerjasama ILQAM (Unit Kepimpinan & Pengurusan Kualiti) Kampus. Menyampaikan maklumat mengenai aktiviti UPENA Induk Shah Alam berkaitan kursus, bengkel dan lain-lain untuk makluman/penyertaan para pensyarah UiTM Kampus Melaka. Menyediakan borang-borang yang diperlukan semasa menghantar manuskrip (perlu diisi oleh pensyarah yang menghantar manuskrip) untuk tindakan selanjutnya oleh UPENA Induk. Menyediakan dan menyimpan data (maklumat) mengenai penulisan para pensyarah.

Jenis-jenis Penerbitan

  1. Buku Teks
  2. Karya Asli
  3. Karya Terjemahan
  4. Manual
  5. Jurnal
  6. Kumpulan Kertas Kerja / Prosiding
  7. Monograf
  8. Buku Kerja