IKAZ

E-mail Print PDF

Pengenalan

Penubuhan Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ) di kampus UiTM Melaka pada tahun 2001 dan telah dirasmikan pada 30 Jun 2003 oleh Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Dr Hj Ibrahim Abu Shah merupakan antara usaha untuk merealisasikan visi dan matlamat Univesiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menjadi sebuah pusat ilmu yang unggul di peringkat nasional dan antarabangsa. IKaZ berperanan sebagai salah satu pusat perkembangan ilmu yang berorientasikan penyelidikan dan perundingan (R&D) memainkan peranan penting untuk menggalakkan perkembangan ilmu yang signifikan dan dapat di aplikasikan untuk meningkatkan integriti institusi zakat.

Falsafah

Yakin bahawa zakat mampu menjana ketamadunan ummah melalui kecemerlangan kesarjanaan dan pemindahan ilmu dalam meningkatkan kefahaman, penghayatan dan pengamalan berzakat.

Visi

Menobatkan institusi zakat ke arah memartabat ummah melalui bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), penerbitan, jaringan, latihan, dan Sistem Maklumat yang berlandaskan etika kesarjanaan serta keprofessionalan.

Objektif

  • Menghasilkan penyelidikan dan pembangunan zakat meliputi agihan, kutipan, perundangan, fatwa dan isu-isu zakat kontemporari;
  • Meningkatkan sesi percambahan pemikiran di kalangan sarjana dan pakar dalam bentuk seminar, bengkel, kolokium, konferen, forum, symposium, diskusi intelektual dan dialog secara bersiri;
  • Mewujudkan jaringan berasaskan perkongsian pintar dengan organisasi zakat dan institusi yang berkaitan dengannya didalam dan diluar negara;
  • Membangunkan perisian dan pangkalan data berkaitan perancangan , pembangunan dan pengurusan zakat;
  • Menyediakan modul zakat untuk pembangunan ummah secara menyeluruh;
  • Mengumpul, memperkembang dan menyalurkan maklumat zakat dalam bentuk penerbitan;
  • Menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dan panjang serta latihan eksekutif zakat professional;
  • Melahirkan graduan di peringkat Diploma Pasca Sarjana, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang zakat.