Fakulti Sains Komputer Dan Matematik

E-mail Print PDF

Fakulti Sains Komputer Dan Matematik (FSKM)  (dahulunya Fakulti Teknologi Maklumat Dan Sains Kuantitatif) UiTM Melaka telah bermula tahun 1984 dengan seorang pensyarah di UiTM Melaka yang pada masa itu terletak di Jalan Hang Tuah Melaka.

Selepas 21 tahun beroperasi di UiTM Melaka  ia telah naik taraf ke Fakulti serentak dengan kehadiran dua (2) program sulung yang dijalankan oleh FTMSK UiTM Melaka iaitu Program Diploma Sains Komputer (CS110) dan Diploma Sains Kuantitatif (CS113).

Seramai 26 orang pelajar daripada program Diploma Sains Komputer dan 22 orang pelajar Diploma Sains Kuantitatif telah mendaftar pada semester November 2005 – April 2006. Pada masa sekarang terdapat lebih daripada 25 orang pensyarah daripada 3 bidang iaitu Matematik , Statistik dan Sains Komputer.

Selain daripada mengajar pelajar-pelajar fakulti ini, pensyarah-pensyarah FSKM juga memberi perkhidmatan pengajaran kepada fakulti-fakulti lain yang berada di UiTM Melaka.