Center for Islamic Thought & Understanding

E-mail Print PDF

Pejabat CITU

 

Latarbelakang

Pendidikan Islam mula ditawarkan secara formal kepada pelajar ITM pada tahun 1975 dengan nama Kursus Tamadun Islam. 22 Jun 1977, ITM telah mewajibkan kursus Pendidikan Islam dengan nama matapelajaran Pendidikan Islam. Kursus ini dikendalikan oleh UPI (Unit Pendidikan Islam ITM). Pada 1983, UPI dinaikan status menjadi satu entiti yang tersendiri dengan nama PPI (Pusat Pendidikan Islam ITM) pada 1 April 1983 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1403.

Perubahan status ITM kepada UiTM turut memberi kesan kepada PPi. Kursus Pendidikan Islam peringkat diploma dikurangkan kepada 3 semester dan seiring dengan itu juga PPI diberi amanah mengendalikan kursus TITAS kepada para pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian. Pada tanggal 13 Januari 2004 bersamaan 20 Zulkaedah 1424, sekali lagi peranan PPI diperkembangkan dengan penubuhan CITU yang bermatlamat untuk memantapkan kesarjanaan dan ketamadunan Islam di peringkat Universiti, nasional, malah juga antarabangsa.

Sejarah CITU di UiTM Melaka bermula serentak dengan penubuhan ITM, bermula daripada kampus pertama di Jalan Hang Tuah Bandar Melaka sehinggalah kepada perpindahan ke kampus tetap di Lendu, Alor Gajah, Melaka.Kini CITU UiTM Melaka mempunyai seramai 14 orang staf yang terdiri daripada 12 orang tenaga akademik dan 2 orang pegawai pembangunan kerohanian pelajar.

Falsafah

Berkeyakinan bahawa setiap insan memerlukan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni sebagai unsur kesempurnaan melalui pendidikan bersepadu demi kecemerlangan hidup.

Misi

Mempertingkatkan kesarjanaan dan penyelidikan dengan mengadakan program-program akademik dan non-akademik yang berorientasikan Islam.

Visi

Menjadi pusat kesepaduan ilmu, pemikiran dan kefahaman Islam di UiTM demi pembangunan ummah.