Pentadbiran NR

E-mail Print PDF

Pengenalan

Unit Pentadbiran Kolej dan Pentadbiran NR diwujudkan bagi menyelaras penempatan para penyewa kediaman. Unit ini juga berperanan membantu pelajar-pelajar bukan residen (NR) untuk mendapatkan rumah sewa di sekitar kampus dan turut bertanggung jawab terhadap kebajikan, keselamatan dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan para pelajar.

Perkhidmatan

  • Menyediakan ‘NR Directory’ untuk memudahkan pelajar mendapat rumah sewa.
  • Membantu mengatur program kemasyarakatan dengan penduduk setempat.
  • Membantu persatuan NR menjalankan aktiviti dengan pihak yang berkaitan.
  • Menyediakan maklumat data perumah an pelajar untuk kemudahan sekiranya berlaku kes-kes tertentu.
  • Menyelaras permohonan pelajar mendapatkan tempat tinggal dan makanan di kolej.
  • Membantu persatuan NR menjalankan aktiviti dengan pihak yang berkaitan.
  • Memantau dan menjaga keselamatan pelajar NR.

Pesanan Untuk Semua Siswa & Siswi NR

Siswa/siswi yang tinggal di luar (NR) adalah sebahagian daripada masyarakat luar yang tinggal di sekitar Alor Gajah dan sebagainya. Imej saudara saudari mencerminkan imej UiTM. Penampilan saudara/ri dalam masyarakat akan menjadi tontonan dan akan dinilai masyarakat setempat.

Imej yang baik di samping prestasi dan kualiti graduan adalah amat penting dari segi menjaga imej siswazah sesebuah Universiti seperti UiTM. Justeru itu demi kepentingan bersama adalah menjadi kewajipan semua warga UiTM untuk sentiasa menjaga imej dan nama baik UiTM.

Adalah diingatkan bahawa semua siswa/siswi NR adalah sentiasa (sepanjang masa) tertakhluk dengan peraturan di sepanjang pengajian (sehingga tamat/hari konvokesyen).

Sebagai contoh Akta 174, Bahagian 11; Tatatertib Am, Para 3 :
Seseorang pelajar tidak boleh :

  1. Berkelakuan samada di dalam, di luar kampus, secara yang boleh merosakkan kepentingan, kesentosaan, atau nama baik universiti, atau kepada kepentingan, namabaik mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai, atau pekerja universiti atau kepada ketenteraman keselamatan awam, atau kepada akhlak, kesopanan atau tatatertib.
  2. Melanggar mana-mana peruntukan undang-undang bertulis di dalam atau di luar kampus.

Para 24; Jika seseorang pelajar tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang diberikan atau dilihat oleh mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti yang diberikan, memberi atau membuatnya, maka pelajar itu adalah bersalah atau kesalahan tatatertib.

Para 46; Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman yang disatukan sekali;

  • Amaran
  • Denda tidak lebih daripada dua ratus ringgit,
  • Penggantungan daripada mana-mana atau daripada kesemua kemudahan-kemudahan Universiti dan tempoh ditentukan,
  • Pengekslusian daipada mana-mana bahagian Universiti selama tempoh yang ditentukan,
  • Pembuangan daripada Universiti.

Nombor Talian Penting UiTM :-

1. Pengurus Asrama
:
06-5582051
2. Unit Pemtadbiran Kolej (Pej.Am) :
06-5582054/ 2053/ 2052
3.
Unit Keselamatan
:
06-5582066
4.
Pos Pengawal (Pintu Utama)
:
06-5582067
5.
Pos Pengawal (Perpustakaan)
:
06-5582069

Nombor Talian Penting Pihak Luar / Pihak Berkuasa :-

1.
Balai Polis Alor Gajah
:
06-5563222
2.
Balai Polis Durian Tunggal
:
06-5531122
3.
Balai Polis Simpang Ampat
:
06-5529240
4.
Balai Polis Masjid Tanah
:
06-3842222
5.
Hospital Alor Gajah
:
06-5562333
6.
Hospital Melaka
:
06-2822344
7.
JAIM
:
06-2882063
8.
Bomba Alor Gajah
:
06-5562444
9.
TNB Alor Gajah
:
06-3843000
10.
Perbadanan Air Alor Gajah
:
06-5591300
11.
JPA 3
:
06-2822466