Unit Sukan

E-mail Print PDF

 Pejabat Unit Sukan

 Pengenalan Unit Sukan

Unit Sukan HEP telah ditubuhkan pada tahun 1984. Unit Sukan berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan untuk pelajar dan staf Universiti. Penubuhan Unit ini bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan kecergasan fizikal pelajar selain membentuk sahsiah dan personaliti mantap sebagai seorang mahasiswa. Sasaran Unit Sukan adalah untuk melibatkan seramai 80% masyarakat kampus aktif di dalam kegiatan sukan.

Unit Sukan juga berperanan untuk meningkatkan imej universiti melalui pencapaian cemerlang dalam bidang sukan. Penekanan kepada 8 teras sukan negara yang diutarakan oleh Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan menjadi agenda utama dalam merencanakan program pembangunan sukan universiti. Sukan yang diberikan tumpuan adalah bolasepak, hoki, badminton dan tenpin bowling.

Unit Sukan juga bertanggungjawab mengurus, mengawal, dan menyelenggara kemudahan sukan. Kemudahan sukan yang disediakan adalah mengikut spesifikasi badan – badan sukan yang berkenaan. . Kebanyakan kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar dan staf universiti terletak di Kompleks Sukan Universiti yang terdiri dari 3 gelanggang tenis, 4 gelanggang sepak takraw, 1 gelanggang bola keranjang, sebuah padang bola sepak, sebuah padang hoki, gelanggang bola baling sintetik. Selain itu, terdapat juga kemudahan lain seperti jimnasium, padang ragbi, dan juga tasik untuk sukan air seperti berkayak.

Unit Sukan turut giat menjalankan aktiviti seperti Sukan Antara Kolej (SUKOL), Sukan Antara Fakulti (SAF), Sukan Bakat Baru, Kejohanan Sukan Dalaman, Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) dan juga menyertai kejohanan – kejohanan jemputan di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan.

Misi

Menjadi sebuah unit sukan yang cemerlang dalam pembangunan dan perkhidmatan sukan.

Visi

Membudayakan sukan untuk melahirkan graduan yang cergas, cerdas, cemerlang, dan berdaya saing di peringkat global.

Objektif

  • Melaksanakan sukan sebagai salah satu mata pelajaran pilihan ko-kurikulum.
  • Menggalakkan masyarakat kampus bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan riadah.
  • Merapatkan silaturahim sesama masyarakat UiTM dan masyarakat luar kampus.
  • Menjana sumber kewangan kepada UiTM.
  • Menyediakan prasarana yang kondusif dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
  • Meningkatkan imej UiTM melalui pencapaian sukan dan sebagai pusat kecemerlangan Bumiputra.

Piagam Pelanggan

Unit Sukan berazam akan sentiasa memantapkan kegiatan bersukan melalui perkara-perkara berikut :-

  • menganjurkan sekurang-kurangnya 2 kejohanan di peringkat pelajar setiap tahun.
  • menganjurkan sekurang-kurangnya 1 kejohanan di peringkat staf setiap tahun.
  • memastikan pasukan kampus mencapai sekurang-kurangnya 2 kejayaan di peringkat negeri Melaka.
  • memastikan pasukan kampus menjadi johan dalam 2 kejohanan peringkat UiTM.
  • memastikan penglibatan 60% pelajar dalam kegiatan sukan dan riadah.
  • memastikan penglibatan 20 % staf akademik /staf bukan akademik dalam kegiatan sukan dan riadah.