Error
  • JFolder::files: Path is not a folder:
Notice
  • There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files.

Unit Kesihatan

E-mail Print PDF

Klinik Kesihatan UiTM Melaka

 

Pengenalan

Unit Kesihatan Universiti MARA Melaka telah mula beroperasi semenjak 1 Januari 1994. Ia terletak di Jalan Penawar berhampiran dengan Bangunan Perpustakaan. Unit ini diletakkan di bawah Pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Fungsi utama Unit Kesihatan ialah untuk menawarkan rawatan perubatan dan kesihatan asas kepada warga UiTM Melaka.

Unit Kesihatan telah mengalami perubahan jumlah kakitangan dengan bertambahnya bilangan pelajar di dalam Kampus. Penambahan seorang Pembantu Tadbir (April 2009) menjadikan jumlah staf seramai 8 orang.

Visi

Mewujudkan satu masyarakat Universiti Teknologi MARA yang sihat dari segi mental, fizikal dan sosial agar visi & misi Universiti Teknologi MARA dapat dicapai.

Misi

Melahirkan masyarakat Universiti yang sihat secara menyeluruh melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti serta menggalakkan gaya hidup sihat.

Objektif

  • Meningkatkan mutu dan taraf kesihatan masyarakat Universiti Teknologi MARA.
  • Memperkembangkan fungsi perubatan , kesihatan , farmaceutikal dan pergigian sebagai Pusat Kesihatan yang serba lengkap.
  • Memperluaskan perkhidmatan pendidikan kesihatan untuk melahirkan masyarakat UiTM yang berilmu.

Carta Organisasi Unit

{gallery}galeri/kesihatan{/gallery}
**Sila klik pada gambar untuk melihat paparan penuh.

Piagam Pelanggan

InsyaAllah kami di Unit Kesihatan berazam akan sentiasa memantapkan perkhidmatan kesihatan melalui perkara-perkara berikut :-
  • Memastikan 90% pesakit mendapat konsultansi doktor atau Penolong Pegawai Perubatan tidak melebIhi tiga puluh (30) minit selepas pendaftaran.
  • Memastikan surat jaminan rawatan pesakit dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima di Unit Kesihatan.
  • Memastikan penyediaan dokumen bil rawatan hospital pesakit, disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen diterima di Unit Kesihatan.
Waktu Perkhidmatan