Unit Kerjaya dan Kaunseling

E-mail Print PDF

 

 

 

Kaunter Unit Kaunseling



Pengenalan Unit Kerjaya & Kaunseling

Unit Kerjaya dan Kaunseling merupakan sebuah unit yang beroperasi di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Ditubuhkan pada 1984 dan mula beroperasi di Kampus Hang Tuah Melaka, seterusnya berpindah ke Kampus Alor Gajah pada 1994. Kini, Unit Kerjaya dan Kaunseling menawarkan perkhidmatan di setiap kampus di Melaka meliputi Kampus Bandaraya Melaka dan Kampus Jasin.

Apa Itu Kaunseling?

  • Kaunseling adalah pertemuan antara kaunselor dan pelajar untuk membincangkan isu yang dihadapi pelajar.

Matlamat Kaunseling

Melalui proses kaunseling diharapkan setiap pelajar :-

 

  • Membantu pelajar bertanggungjawab ke atas dirinya.
  • Meluaskan kesedaran mengenai potensi diri dan membantu pelajar menjadi lebih produktif.
  • Menerima diri dengan lebih positif dan memperbaiki imej diri yang negatif.
  • Membantu ke arah menyesuaikan diri dengan keadaan dan mengatasi cabaran hidup yang dialami oleh pelajar di kampus ataupun dalam kehidupan seharian.
  • Membimbing pelajar mencari dan memupuk sumber dalaman.
  • Mempertingkatkan kemampuan pelajar membuat keputusan.
  • Membantu pelajar mengurus masalah yang ‘belum selesai’ dalam hidupnya.

 

Perkhidmatan yang Disediakan :-

  • Perkhidmatan Sesi Kaunseling Individu dan Kelompok.
  • Perkhidmatan Bimbingan Individu dan Kelompok.
  • Konsultasi (penyaluran maklumat) dan Kaunseling Maya.
  • Bimbingan kaunseling seperti motivasi, kepimpinan, akademik, peribadi, keluarga, kerjaya, kewangan dan sosial.
  • Kelab PEERS (dapatkan borang di unit sekiranya berminat).
  • Melaksanakan ujian psikologi personaliti diri dan kerjaya.
  • Menjalankan Modul Kemahiran Insaniah: Perkembangan Kerjaya ‘Finishing School’.

Bagaimana Bertemu Kaunselor?

  1. Kaedah ‘Walk-In’
  • Datang ke Unit Kerjaya & Kaunseling di:
  1. i.        Aras Satu, Kompleks Ibdu Khaldun, Bangunan Pentadbiran Lama, Universiti Teknologi MARA (Melaka) Kampus Alor Gajah.
  2. ii.        Aras 15, Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Melaka
  3. iii.        Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (Melaka) Kampus Jasin
  • Beri Salam.
  • Maklumkan kepada staf untuk bertemu kaunselor.
  • Isi maklumat pelajar di buku rekod pelawat.
  • Pilih kaunselor anda (mengikut keberadaan kaunselor).

 

  1. Kaedah Temujanji
  • Hubungi pejabat atau datang ke unit untuk membuat temujanji.
  • Nyatakan masa dan tarikh untuk bertemu kaunselor.
  • Petugas kaunter akan nyatakan dan sahkan nama kaunselor yang akan pelajar temui, tarikh serta masa temujanji.
  • Bertemu kaunselor pada tarikh yang ditetapkan.
  • Hubungi kaunter semula sekiranaya anda tidak dapat temui kaunselor sepertimana dijanjikan. Ia akan memberi peluang pelajar lain menemui kaunselor.

 

Panduan Kepada Semua Pelajar Baru

  1. Tips pelajar baru
  2. Tanggungjawab pelajar di kampus
  3. Kejutan budaya
  4. Mengatasi kejutan budaya
  5. 9 tips kejayaan di universiti
  6. 5 kunci kebahagiaan sebagai pelajar

Kaunselor Anda

‘Kaunselor Anda’ adalah sekumpulan Pegawai Psikologi yang sentiasa berada di kampus untuk membantu memberi dorongan dan membimbing apabila anda berhadapan dengan pelbagai isu dalam kehidupan seharian. Oleh itu, berjumpalah ‘Kaunselor Anda’ samada secara temujanji ataupun ‘walk-in’ untuk mendapatkan panduan serta bimbingan ke arah mencapai kartasis diri.