Unit Kokurikulum

E-mail Print PDF

Pengenalan

Ditubuhkan pada 1984 bermula di Jalan Hang Tuah Melaka dan berfungsi untuk menyelaras aktiviti-aktiviti dan kursus-kursus kokurikulum yang ditawarkan, Unit ini berperanan untuk mewujudkan pendidikan yang menyeluruh dan seimbang kearah melahirkan graduan yang serba boleh, berdedikasi, berdikari, beretika dan bertanggungjawab agar mampu membentuk masyarakat yang teguh dan bersatu padu.

Mulai 1996 Unit Kesatria telah dipindahkan ke Kampus Alor Gajah bagi mengalas peranan, tanggungjawab serta fungsi dengan lebih luas bagi mengimbangi keperluan kokurikulum pelajar yang semakin bertambah, malah perubahan nama jawatan Kesatria kepada Kokurikulum juga memberi impak yang cukup besar dalam pengurusan sebagai satu Unit yang dapat meningkatkan daya kepimpinan pelajar UiTM. Unit Kokurikulum diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar pimpinan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar serta diketuai oleh Pegawai Kokurikulum dan dibantu oleh Penolong Pegawai Kokurikulum Kanan serta Pembantu Kokurikulum dalam menguruskan pentadbiran dan operasi Unit berkenaan.

 

Objektif Unit Kokurikulum

  • Memenuhi hasrat universiti dalam mewujudkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi siswazah yang lebih matang.
  • Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai aspek teori dan amalan terutamanya dari segi kepimpinan agar dapat melengkapkan pelajar menjadi pemimpin serba boleh dan berwawasan.
  • Mengalakkan pelajar agar sentiasa memiliki sifat-sifat murni seperti berdisiplin, berdedikasi, berdikari, bermoral, bersyukur, bertanggungjawab bagi membentuk generasi masyarakat yang teguh dan padu.
  • Menerapkan nilai-nilai kerohanian, patriotik dan keusahawanan agar pelajar mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.
  • Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran serta menggunakan masa senggang dengan lebih bermakna untuk kemajuan diri, organisasi dan masyarakat.

Kursus-kursus kokurikulum UiTM adalah kursus Universiti berkredit telah diperkenalkan sejak tahun 1976 bertujuan menawarkan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambahan bagi melahirkan graduan bersifat holistik dan cemerlang dengan kebolehpasaran yang tinggi, ianya juga selari dengan agenda penting dasar pembangunan pelajar berteraskan kemahiran insaniah oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)

Pelan pengajian dan pilihan kursus kokurikulum UiTM

Semua Kursus kokurikulum UiTM dibahagikan mengikut lapan teras kokurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, lapan teras berkenaan adalah seperti berikut :

  1. Teras Keusahawanan
  2. Teras Daya Usaha dan Inovasi
  3. Teras Kesukarelawanan
  4. Teras Kepemimpinan
  5. Teras Sukan
  6. Teras Kebudayaan
  7. Teras Khidmat Komuniti
  8. Teras Pengucapan Awam

 

Piagam Pelanggan

Unit kokurikulum sedaya upaya menyediakan serta mengendalikan program luar kuliah yang berupa bukan akademik kepada mahasiswa dan mahasiswi mengikut ketetapan 2 jam sehari, sekali seminggu untuk 14 minggu latihan selama 3 semester berasaskan kepada keperluan semasa serta kemudahan prasarana dengan menitikberatkan sahsiah rupadiri, kehadiran, komitmen, penilaian berterusan dan peperiksaan yang dijalankan terhadap mahasiswa-mahasiswi

 

Visi

Menjadi sebuah badan yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.

 

Misi

Melahirkan graduan yang berperibadi murni, global, kreatif, berketrampilan, mempunyai jati diri, patriotik, bertanggungjawab, bertakwa dan berdaya saing.

 

Kursus kokurikulum yang ditawarkan

BIL

KOD KURSUS

KURSUS YANG DITAWARKAN

Teras 1 : KEPEMIMPINAN

1

HBU111

KESATRIA NEGARA 1

2

HBU121

KESATRIA NEGARA 2

3

HBU131

KESATRIA NEGARA 3

4

ROT111

PALAPES (DARAT) 1

5

ROT121

PALAPES (DARAT) 2

6

ROT131

PALAPES (DARAT) 3

7

HPD 132

PEMIKIRAN PEMIMPIN NEGARA 2

8

HPD 232

PEMIKIRAN PEMIMPIN NEGARA 3

9

HKR 111

PENGURUSAN INSTITUSI KELUARGA 1

10

HKR 221

PENGURUSAN INSTITUSI KELUARGA 2

11

HKR 112

PENGURUSAN MINDA INSAN 1

12

HKR 222

PENGURUSAN MINDA INSAN 2

13

HSK 111

PENGURUSAN ACARA 1

14

HSK 221

PENGURUSAN ACARA 2

 

 

Teras 2 : KESUKARELAWAN

15

HBU 112

PERTAHANAN AWAM 1

16

HBU 122

PERTAHANAN AWAM 2

17

HBU 132

PERTAHANAN AWAM 3

18

HBU 113

KADET BOMBA 1

19

HBU 123

KADET BOMBA 2

20

HBU 133

KADET BOMBA 3

21

HBU 114

BADAN PERTOLONGAN CEMAS 1

22

HBU 124

BADAN PERTOLONGAN CEMAS 2

23

HBU 134

BADAN PERTOLONGAN CEMAS 3

 

 

Teras 3 : KHIDMAT KOMUNITI

24

HSK 112

WELLNESS 1

25

HSK 222

WELLNESS 2

26

HSK 113

BANTUAN KECEDERAAN SUKAN 1

27

HSK 223

BANTUAN KECEDERAAN SUKAN 2

28

HKR 113

PENGURUSAN INSTITUSI MASJID 1

29

HKR 223

PENGURUSAN INSTITUSI MASJID 2

 

 

Teras 4 : PENGUCAPAN AWAM

30

HPD 111

PUBLIC SPEAKING 1

31

HPD 221

PUBLIC SPEAKING 2

32

HPD 113

DEBAT BAHASA MELAYU 1

33

HPD 223

DEBAT BAHASA MELAYU 2

 

 

Teras 5 : SUKAN

34

HSK 114

BOLA BALING 1

35

HSK 224

BOLA BALING 2

36

HSK 115

BOLA TAMPAR 1

37

HSK 225

BOLA TAMPAR 2

38

HSK 116

BOLA JARING 1

39

HSK 226

BOLA JARING 2

40

HSK 117

BOLA SEPAK 1

41

HSK 227

BOLA SEPAK 2

42

HSL 112

TENIS MEJA 1

43

HSL 222

TENIS MEJA 2

44

HSL 113

CATUR 1

45

HSL 223

CATUR 2

46

HSL 115

SEPAK TAKRAW 1

47

HSL 225

SEPAK TAKRAW 2

48

HSL 118

TENIS 1

49

HSL 228

TENIS 2

50

HSL 119

HOKI 1

51

HSL 229

HOKI 2

52

HSL 119

RAGBI 1

53

HSL 229

RAGBI 2

54

HSM 113

TAEKWANDO 1

55

HSM 223

TAEKWANDO 2

56

HSM 115

REKREASI 1

57

HSM 225

REKREASI 2

58

HSN 111

SILAT OLAHRAGA 1

59

HSN 221

SILAT OLAHRAGA 2

60

HSM 116

BOLING PADANG 1

61

HSM 226

BOLING  PADANG 2

62

HSL 111

BADMINTON 1

63

HSL 221

BADMINTON 2

 

 

Teras 6 :  KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

64

HKB 112

DRAMA 1

65

HKB 222

DRAMA 2

66

HKB 115

SENI TARI TRADISI & KREATIF 1

67

HKB 225

SENI TARI TRADISI & KREATIF 2

 

 

Teras 7 :  DAYA USAHA DAN INOVASI

68

HBU 116

KESATRIA BRASS BAND 1

69

HBU 126

KESATRIA BRASS BAND 2

70

HBU 136

KESATRIA BRASS BAND 3

Setiap pelajar yang telah menamatkan kursus kokurikulum selama 3 semester dengan jayanya akan dianugerahkan dengan Sijil Tamat Kokurikulum, sijil ini mengandungi kursus-kursus kokurikulum yang telah diambil serta nilai gred yang diperolehi oleh pelajar

Pelajar perlu membawa salinan keputusan peperiksaan (mengandungi ketiga-tiga kokurikulum yang telah lulus) yang telah disahkan ke Unit Kokurikulum dan mengisi borang sijil tamat kokurikulum

 

DIREKTORI PENGURUSAN UNIT KOKURIKULUM

Kampus Alor Gajah
Pegawai Kokurikulum 06-5582012
Penolong Pegawai Kokurikulum Kanan 06-5582859
Pejabat Unit Kokurikulum 06-5582040 / 2041
Kampus Bandaraya Melaka
Penolong Pegawai Kokurikulum Kanan 06-2857028
Pejabat Unit Kokurikulum 06-2857024
Alamat

Unit Kokurikulum

Universiti Teknologi Mara Melaka

Kampus Alor Gajah

KM 26, Jalan Lendu

78000 Alor Gajah Melaka Bandaraya Bersejarah