Unit Kebudayaan

E-mail Print PDF

Pejabat Kebudayaan

Logo Unit Kebudayaan & Kesenian Pejabat Unit Kebudayaan & Kesenian

 

Pengenalan Unit Kebudayaan dan Kesenian.

Unit Kebudayaan dan Kesenian UiTM Cawangan Melaka telah ditubuhkan pada 1 Julai 2005 di bawah penyelarasan seorang pensyarah yang juga merangkap tanggungjawab sebagai Koordinator Unit Kebudayaan dan Kesenian. Pada 16 Ogos 2008 telah wujudnya jawatan bagi Penolong Pegawai Kebudayaan sekaligus menyelaras semua tugas-tugas di bawah Unit Kebudayaan dan Kesenian. Unit Kebudayaan dan Kesenian ini ditempatkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Fungsi unit adalah memberi perkhidmatan kepada seluruh warga kampus di dalam aktiviti yag berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian.


Unit Kebudayaan dan Kesenian ini juga turut menyelaras aktiviti Persatuan Kebudayaan dan Kesenian UiTM Melaka. Di bawah persatuan ini terdapat Kumpulan Tarian Tradisional dan Moden, Kumpulan Drama & Teater, Kumpulan Koir & Pengucapan Puisi, Kumpulan Paluan Kompang & Gendang dan Kumpulan Kugiran. Selain daripada itu juga unit ini sedang merancang untuk menyelaras aktiviti-aktiviti seni halus, lukisan dan sastera.


Matlamat
Menjadi sebuah unit yang menjalankan segala aktiviti seni budaya yang lebih sistematik dan dapat diikuti oleh pelajar dengan lebih berkesan, juga agar kegiatan seni budaya kampus kembali mewarnai kehidupan pelajar dan mengurangkan pembabitan pelajar dalam kancah sosial.

Misi
Memelihara Kebudayaan dan Kesenian Melayu Nusantara sebagai komponen pendidikan agar generasi akan datang dapat meneruskana kesinambungan tamadun Melayu.

Visi
Menjadi sebuah organisasi pengembangan dan penyelidikan ilmu Kesenian dan Kebudayaan berasaskan budaya melayu nusantara.

Objektif

  • Penganjuran aktiviti di peringkat universiti / IPT, negeri , kebangsaan dan antarabangsa.
  • Pembentukan minda siswa/i yang dinamis, pratikal dan produktif bagi menuju matlamat wawasan negara.
  • Memberi pendedahan dan penggalakan terhadap perkembangan kesenian yang sesuai di kalangan siswa/i untuk membentuk daya apresiasi seni yang positif dan terarah.
  • Menggalakkan eksperimen dan pengubahsuaian teknik dalam karya seni yang bertujuan membina daya kreativiti siswa/i.
  • Memahami peri mustahaknya perjuangan meamrtabatkan seni budaya melayu selaras dengan aspirasi negara.


Fungsi 
Unit Kebudayaan & Kesenian bertanggungjawab untuk mengendalikan dan merancang kegiatan kebudayaan dan kesenian pelajar khasnya dan warga kampus amnya. Fungsi utamanya memberi pendidikan seni (teori dan amali) ke arah melahirkan insan berkeperibadian mulia dan tinggi peradaban melalui kegiatan kebudayaan.

 

  • Merancang dan menyelaraskan segala aktiviti pelajar yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian sama ada di dalam atau di luar kampus.
  • Menyediakan prasarana dalam memberi peluang kepada pelajar memperkembangkan bakat mereka dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan.
  • Memberi latihan kepimpinan dalam berpersatuan serta penganjuran aktiviti di peringkat universiti / IPT, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menggalakan eksperimen dan pengubahsuaian teknik dalam karya seni bertujuan membina daya kreatif mahasiwa.