Pejabat HEA

E-mail Print PDF

Piagam Pelanggan

Beriltizam untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan berikut dengan sebaik-baiknya

Pelajar

  • Menyediakan alat bantuan pembelajaran yang mencukupi pada setiap masa.
  • Memastikan pendaftaran pelajar dan peperiksaan diuruskan dengan tepat mengikut jadual pada setiap semester.
  • Memastikan urusan latihan praktik dengan sempurna.
  • Menyediakan surat-surat pengenalan diri untuk tujuan penyelidikan dan tugasan disediakan dengan tepat tidak lewat tiga hari dari tempoh permohonan.

Staf,Unit dan Bahagian

  • Menyediakan alat bantuan mengajar yang mencukupi pada setiap masa.
  • Menyediakan perkhidmatan pecetakan bahan peperiksaan dan pembelajaran 3 hari dari tarikh permohonan.
  • Menguruskan rekod dan maklumat akademik dengan cekap, tepat dan kemas.
  • Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada unit dan bahagian dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.
  • Menyediakan kemudahan dewan kuliah dan makmal mengikut jadual penggunaan.

Ibubapa dan Industri

  • Menghasilkan graduan yang berketrampilan sesuai dengan kehendak industri dan negara.
  • Memngendalikan penyelidikan mengenai bidang-bidang yang diluluskan sama ada secara proaktif mahupun reaktif.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai pengambilan pelajar, program, prospek program dan kerjaya.
  • Menganjur dan mengendalikan kursus seminar dan konvokesyen secara proaktif dan reaktif.