Pejabat HEP

E-mail Print PDF

PENGENALAN

Bahagian Hal Ehwal Pelajar merupakan satu bahagian yang penting dalam membantu Universiti Teknologi MARA berperanan sebagai sebuah univesiti yang mampu menghasilkan graduan yang memenuhi ciri 21 (Rujuk kepada Bahagian Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar HEP UiTM Shah Alam).

Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan dua fungsi penting iaitu Perkhidmatan Pelajar dan Pembangunan Pelajar. Aspek perkhidmatan meliputi perkara berkaitan kemudahan penempatan, kemudahan makanan, perkhidmatan perubatan, kemudahan kebajikan dan kemudahan biasiswa. Manakala aspek pembangunan meliputi perkara berkaitan perancangan dan perlaksanaan aktiviti pelajar, pembangunan sahsiah dan peningkatan tatatertib, perlaksanaan kegiatan ko-kurikulum, pembangunan sukan, bantuan kerjaya dan kaunseling serta pembangunan kerohanian. Kepentingan Bahagian Hal Ehwal Pelajar jelas apabila wujudnya Akta Insititusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 atau dikenali sebagai Akta 174.

Di bawah Bahagian HEP terdapat 6 unit iaitu unit Pentadibran Am, Unit Kerjaya dan Kaunseling, Unit Pengurusan Kolej, Unit Perubatan, Unit Ko-kurikulum,  dan Unit Sukan.

VISI HEP

Menjadikan bahagian yang unggul dalam memberi perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.

MISI HEP

Melahirkan graduan bumiputra unggul yang menepati ciri-ciri Model Graduan UiTM. Berteraskan kepada keseimbangan dan kesepaduan dari segi intelek, jasmani, rohami dan sosial.

OBJEKTIF HEP

  • Memberikan oerkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat.
  • Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah (value added) bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistic, menepati ciri-ciri Model Graduan UiTM