Pengurusan Fasiliti

E-mail Print PDF

Latarbelakang

Bahagian ini bertanggungjawab untuk mengawal, menyelia dan memastikan semua aset UiTM Kampus Melaka sentiasa berada di dalam keadaan terurus, baik dan selamat digunakan atau didiami serta menjadi Universiti Teknologi MARA sebagai sebuah kampus yang tercantik di Malaysia.

Objektif

Memberikan keselesaan yang optimum kepada kakitangan dan pelajar dari segi kemudahan infrastruktur dan suasana lanskap kampus yang ceria.

Fungsi Utama Unit

Awam

  • menyediakan spesifikasi dokumen sebutharga dan tender.
  • mengendalikan lawatan tapak.
  • menyemak kadar harga, dokumen dan analisa sebutharga serta dokumen projek yang diserahkan oleh perunding.
  • memantau perjalanan kerja seperti terkandung di dalam dokumen sebutharga dan perjalanan tempoh kacacatan

Elektrik

  • memantau kualiti bekalan kuasa  dan memastikan bekalan elektrik tidak terputus.
  • menjalankan kerja-kerja selenggaraan, kawalan dan pembaikan.
  • memastikan segala peralatan elektrik seperti lampu, kipas dan kerja-kerja kontraktor elektrik berjalan dengan baik.
  • menyediakan spesifikasi kerja elektrik dan penyediaan dokumen sebutharga.
  • mengeluarkan bil elektrik dan air.
  • selenggara sistem pabx dan telekomunikasi, pemeriksaan pembaikan & penambahbaikan kabel telefon.

Mekanikal

  • menyelenggara sistem hawa dingin dan sistem perpaipan dalam kampus.
  • menyelenggara kolam oksida ‘swerage treatment plan’.
  • menyediakan spesifikasi kerja mekanikal bagi penyediaan dokumen sebutharga.
  • selenggara sistem pencegah kebakaran dan ‘hot and cold water dispenser’.

Ukur Bahan

  • menyemak anggaran jabatan yang disediakan oleh pegawai projek.
  • menyemak anggaran jabatan, dokumen projek, analisa tender/ sebutharga bagi semua projek dan kerja penyelenggaraan UiTM Melaka.
  • menyemak harga yang dikemukakan oleh pihak pembida supaya munasabah dengan item yang ditawarkan.
  • menyelaras kerja-kerja yang melibatkan arahan perubahan kerja (APK-VO).
  • menyemak dokumen urusan pembayaran bagi kerja projek dan penyelenggaran.
  • memastikan perjalanan semua kerja projek dan penyelenggaraan mengikut prosedur undang-undang kontrak dan peraturan perolehan kerajaan Malaysia/UiTM.

Majlis

  • menyediakan persiapan bagi aktiviti rasmi UiTM dan aktiviti pelajar.
  • menyelenggara segala peralatan persediaan majlis.
  • menyediakan inventori bagi peralatan untuk persediaan majlis.
  • mengendalikan peralatan dan perhiasan majlis.
  • memastikan keadaan majlis terkawal.

Pentadbiran

  • memastikan sistem fail mengikut prosedur UiTM dan dikemaskini serta tersusun.'
  • menguruskan sistem persuratan BPF.
  • merekod cuti dan keluar masuk staf dan sistem e-Cuti.
  • proses tuntutan kerja lebih masa staf.
  • menyediakan pengesahan kerja dan pembayaran bagi setiap perkhidmatan dan pembelian barangan.
  • inventori peralatan pejabat.
  • mengagih laporan kerosakan.