Pejabat Bendahari

E-mail Print PDF

Latarbelakang

Pejabat Bendahari telah ditubuhkan pada 15 Ogos 1984, di kampus sementara Jalan Hang Tuah, Melaka.Sejajar dengan penubuhan UiTM Kampus Melaka, bagi mencapai misi, visi dan objektif Universiti Teknologi MARA (UiTM) di bawah peruntukan Akta 173 (1973) dan pindaan--pindaannya. Walaupun UiTM Kampus Melaka terdapat beberapa bahagian utama, namun kewujudan Pejabat Bendahari merupakan salah satu bahagian yang dianggap penting.

Dasar utama Pejabat Bendahari adalah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sumber kewangan dan perolehan UiTM Kampus Melaka.Seawal penubuhannya, pejabat ini, telah diketuai oleh seorang Penolong Bendahari, 3 orang Pegawai Akauntan, beberapa orang Pegawai Kerani (Pembantu Tadbir) , 1orang Penyelenggara Stor dan seorang Jurutaip.

Dari kampus sementara, UiTM Kampus Melaka telah berpindah ke kampus tetap pada bulan Januari 1994, di atas kawasan seluas 35.8 ekar di Jalan Lendu, Alor Gajah, Melaka. Pada pertengahan tahun 2003 struktur Pejabat Bendahari telah berubah apabila, ketibaan Timbalan Bendahari, UiTM Kampus Melaka. Kini jumlah keseluruhan kakitangan Pejabat Bendahari ialah seramai 16 orang yang terdiri dari pelbagai jawatan (tetap dan sambilan). Terdapat 4 (empat) unit di bawah pengawasan dan seliaan Pejabat Bendahari iaitu Unit Pengurusan Akaun, Unit Pengurusan Wang, Unit Pengurusan Bekalan dan Unit Pengurusan Belanjawan.