Unit Polis Bantuan

E-mail Print PDF

Visi

Menjadikan Unit Keselamatan sebuah organisasi yang efisyen dan efektif bagi memastikan kampus dan warga kampus serta harta bendanya sentiasa berada dalam keadaan terjamin keselamatannya disamping mewujudkan persekitaran yang harmoni.

Misi

Memastikan keselamatan dan ketenteraman warga kampus serta menjaga harta benda dan nama baik UiTM.

Piagam Pelanggan

InsyaAllah kami di unit keselamatan berazam akan sentiasa memantapkan perkhidmatan melalui perkara-perkara berikut:

  • Melaksanakan rondaan keselamatan bangunan setiap satu (1) jam sekali.
  • Memastikan pintu-pintu pejabat dan pintu-pintu utama dikunci selepas jam 6.00 petang
  • Memastikan seorang anggota pengawal sentiasa berada di tempat letak kereta setiap dua (2) jam sekali secara bergilir-gilir.
  • Memastikan pelajar memakai kad pelajar dan mematuhi peraturan sahsiah rupadiri setiap masa semasa berada di dalam kampus.