Dr. Rani Diana Othman
Timbalan Rektor HEA

Kewujudan Bahagian HEA bermula dengan penubuhan UiTM Melaka pada bulan Ogos 1984 bertempat di kampus sementara Jalan Hang Tuah, Melaka. Bermula dengan hanya seramai 5 orang staf akademik dan 158 pelajar pengambilan pertama, kini UiTM Melaka mempunyai seramai 550 staf akademik dan jumlah pelajar yang telahpun meningkat seramai 8000 orang pelajar.

Kampus Alor Gajah menawarkan program Pra-Diploma Perdagangan iaitu Program Mengubah Destini Anak Bangsa, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Sebanyak 5 fakulti dan 17 program ditawarkan di Kampus Alor Gajah Melaka iaitu:-

1. Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan

a. BM111 - Diploma Pengajian Perniagaan
b. BM115 - Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans)
c. BM118 - Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat
d. BM119 - Diploma Pengajian Perbankan
e. PD002/003 - Pra Diploma Perdagangan (Mdab)

2. Fakulti Perakaunan

a. AC110 - Diploma Perakaunan
b. AC120 - Diploma Sistem Maklumat Perakaunan
c. AC220 - Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)

3. Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan

a. HM111 - Diploma Pengurusan Pelancongan

4. Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media

a. MC110 - Diploma Komunikasi Dan Media
b. MC111 - Diploma Komunikasi Media Baharu Dan Keusahawanan Kandungan
c. MC242 - Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam

5. Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka

a. AD111 - Diploma Seni Reka Grafik Dan Media Digital
b. AD114 - Diploma Seni Reka Perindustrian
d. AD117 - Diploma Fotografi Dan Pengimejan Kreatif
e. AD118 - Diploma Seni Halus
f. AD241 - Sarjana Muda Seni Reka Grafik (Kepujian)