Unit Komunikasi Korporat telah mula ditubuhkan pada 16 hb. Jun 2003 yang pada mulanya hanya terdapat di Kampus Induk, Shah Alam. Unit ini berada di bawah Pejabat Rektor Melaka. Unit ini telah diterajui oleh seorang Koordinator dan tiga penyelaras kampus sebagai tenaga penggerak bagi meningkatkan imej UiTM Cawangan Melaka melalui hubungan dua hala dengan pelbagai agensi/jabatan dan masyarakat melalui pelbagai bentuk aktiviti dan kerjasama. Selain itu di Unit Komunikasi Korporat ada menyediakan khidmat kepakaran, sokongan teknikal dan publisiti bagi membantu menaikkan imej UiTM.

Misi: Menjadi sebuah unit yang memartabatkan imej korporat UiTM Cawangan Melaka.

Visi: Menetapkan serta menyelaras imej korporat UiTM Cawangan Melaka yang seragam serta memperkukuhkan jalinan hubungan dengan stakeholder seperti kerajaan negeri, media, institusi awam dan swasta, NGO, tetamu luar dan dalam negara dan masyarakat luar khususnya di negeri Melaka.

2.0  Skop & Tugas

Sebagai salah satu unit yang penting dalam sistem pengurusan Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Unit Komunikasi Korporat menitikberatkan:-

  • Menerapkan budaya korporat di kalangan warga UiTM Cawangan Melaka.
  • Memastikan bahan-bahan penerbitan korporat universiti seragam dan selaras dengan dasar korporat.
  • Memastikan berita, dasar dan maklumat berkaitan universiti dihebah dan difahami warga universiti serta masyarakat luar. (FB dan website)
  • Menyeragamkan satu imej korporat yang menampilkan identiti universiti yang cemerlang.
  • Memperkukuhkan serta menjalinkan hubungan dua hala dengan masyarakat luar.

3.0  Perkembangan Projek Unit Komunikasi Korporat Melaka

Unit Komunikasi Korporat Melaka telah mula mengorak langkah sebagai satu unit yang akan memastikan hubungan pihak Universiti dengan stakeholder seperti kerajaan negeri, masyarakat, media dan sebagainya dapat dikekalkan. Antara program yang pernah dilaksanakan ialah Program Merdeka Kampus 2016 bersama Bank Rakyat, Kempen Keselamatan Jalan Raya bersama Petron 2016, Lawatan Universitas Putra Indonesia (YPTK), dan Kempen Keselamatan Elektrik bersama TNB pada tahun 2017. Selain itu, Unit Komunikasi Korporat memberikan tumpuan kepada mempromosikan UiTM kepada rakyat setempat seperti Karnival Pendidikan Tinggi Negara, Jom Masuk U, dan Program Selangkah ke UiTM. Unit Komunikasi Korporat juga berperanan apabila tetamu penting dari Kampus Induk turun ke Melaka seperti Lawatan Naib Canselor ke Melaka 2016, Lawatan Pengerusi UiTM, Kunjungan TNC HEA dan HEP dan sebagainya.