Latar Belakang Unit Keselamatan UiTM Melaka

Institut Teknologi MARA (ITM) Melaka telah diwujudkan di Jalan Hang Tuah pada tahun 1984 yang mana keanggotaan Unit Keselamatan pada waktu tersebut hanyalah terdiri daripada 6 orang Pengawal Keselamatan. Pada tahun 1985, keanggotaan Unit Keselamatan telah bertambah kepada 10 orang dan seterusnya bertambah menjadi 15 orang pada tahun 1986. Pada tahun 1993, ITM Melaka yang terletak di Jalan Hang Tuah telah berpindah ke kampus tetap iaitu di Lendu dan dikenali sebagai Kampus Alor Gajah dan keanggotaan juga telah bertambah menjadi seramai 43 orang sehingga ke hari ini.


 

Transformasi Unit Keselamatan UiTM Kepada Polis Bantuan

Unit Keselamatan ITM telah mendapat kelulusan penubuhan Polis Bantuan melalui surat Cawangan Pembantu PDRM bertarikh 18 April 2011. Mulai 1 Ogos 2011, Pentadbiran Polis Bantuan diletakkan di bawah Naib Canselor dan dikenali dengan nama Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM. Bagi kampus-kampus negeri, pentadbiran mereka diletakkan di bawah Rektor Kampus dan dikenali dengan nama Pejabat Polis Bantuan. Fungsi dan peranan Polis Bantuan telah dimantapkan serta skop tugas dan bidang kuasa telah diperluaskan dengan mempunyai kuasa-kuasa Polis.


 

Objektif Polis Bantuan UiTM


Objektif Polis Bantuan adalah seperti berikut:

  1. Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan.
  2. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan keselamatan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif.
  3. Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan secara cekap dan berkesan.

 

Piagam Pelanggan Polis Bantuan UiTM

Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berkesan dengan :

  1. Mengambil tindakan bantu mula terhadap makluman kes kecemasan dalam tempoh kurang 7 minit.
  2. Menurunkan trend kadar jenayah dalam kampus kepada 1%.
  3. Menurunkan trend kadar pelanggaran peraturan dalam kampus kepada 10%.
  4. Mengemukakan tindakan susulan ke atas laporan kejadian dalam tempoh 5 hari daripada tarikh laporan diterima kepada pihak yang berkenaan.
  5. Memberi maklumbalas terhadap permohonan perkhidmatan dalam tempoh 5 hari daripada tarikh permohonan diterima.
  6. Menambahbaik secara berterusan prestasi penyampaian perkhidmatan supaya aduan negatif tidak berulang.

 

Maklumat perhubungan :

+Pejabat Polis Bantuan|Kampus Alor Gajah|KM26, Jalan Lendu|78000 Alor Gajah|Melaka
+Seksyen Tadbir +606-5582867/2069/2070
+Seksyen Operasi +606-5582384/2069/2067
+Seksyen Trafik +606-5582066
+Seksyen Siasatan +606-5582342