PENGENALAN

Institut Pendidikan Neo (iNED) adalah sebuah jabatan yang diamanahkan oleh pihak Pengurusan UiTM untuk mengendalikan program pengajian Diploma dan Sarjana Muda secara separuh masa di semua kampus UiTM seluruh Malaysia.
Semenjak penubuhannya pada tahun 1973, iNED telah melalui pelbagai revolusi perkembangan pendidikan dan telah berjaya membantu golongan Bumiputera yang bekerja untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
iNED juga bertindak sebagai pusat sokongan kepada aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Universiti dengan menyediakan platform e-pembelajaran kepada semua pelajar UiTM. Selain itu juga, iNED berperanan menyedia dan membangunkan bahan-bahan kursus secara online dalam bentuk perisian kursus (courseware), Massive Open Online Courses (MOOC) dan Open Educational Resourses (OER) yang digunakan oleh semua pelajar UiTM (mod sepenuh masa & separuh masa) serta terbuka kepada pelajar daripada institusi pengajian tinggi yang lain.

 

MOTO

Melonjak prestasi

 

VISI

Menjadi institut pembelajaran sepanjang hayat untuk Bumiputera yang menjadi pilihan utama dan terkemuka.

 

MISI

Menyediakan peluang tambahan untuk Bumiputera melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

 

OBJEKTIF iNED

  1. Untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran modal insan kepada negara.
  2. Untuk menyediakan pengalaman pembelajaran dan pengajaran berkualiti melalui penggunaan teknologi.
  3. Untuk mengukuhkan perkongsian dengan pemegang taruh.

 

 

HUBUNGI KAMI

Institut Pendidikan Neo (iNED)
Aras 14, UiTM Melaka Kampus Bandaraya
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
75450 Melaka
Tel : 06- 285 7142 / 7032
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.