Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media (FKPM) dahulunya dikenali sebagai Fakulti Sebaran Am telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan kerjasama Universiti Ohio dan telah menjadi pusat pembelajaran bidang media yang pertama di Malaysia.

FKPM UiTM Cawangan Melaka telah bermula pada Jun 2006 menawarkan program Diploma Komunikasi dan Media (MC110) dengan pengambilan kira-kira 300 orang pelajar dan 3 orang pensyarah sudah berkembang ke sebuah fakulti yang mempunyai hampir 1,500 orang pelajar dan 45 orang pensyarah pada tahun 2016. Pada bulan Disember 2013, fakulti telah berjaya menawarkan program baru iaitu Diploma Media Baharu dan Keusahawanan Kandungan (MC111). Pengambilan pertama pelajar bermula dengan lebih kurang 35 orang pelajar dan kini telah mempunyai seramai 180 orang pelajar pada September 2017. Program akademik yang ditawarkan adalah seiringan dengan perkembangan industri media di negara ini. Pada September 2015 pula, fakulti ini terus berkembang apabila menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam (MC242). Program ini bermula dengan seramai 21 orang pelajar yang terdiri daripada lepasan matrikulasi, STPM dan lain-lain lepasan diploma. Kini, program Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam telah mempunyai hampir 100 orang pelajar.

Walaubagaimanapun, pada bulan Mei tahun 2017, seramai 900 orang pelajar (MC110) telah dipindahkan ke UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau bersama dengan 20 orang pensyarahnya. Kini, Fakulti cuma mempunyai seramai 493 orang pelajar dan 20 orang tenaga pengajar. Fakulti akan terus menambah bilangan pelajarnya dari masa ke semasa. Fakulti ini juga berhasrat untuk mendidik dan melatih pelajar-pelajar Bumiputera untuk menjadi ajen perubahan di dalam industri media dan masyarakat secara amnya. Adalah menjadi visi fakulti untuk menjadi institusi akademik yang terunggul di dalam bidang komunikasi dan media dengan menyediakan suatu persekitaran yang selesa untuk kecemerlangan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Fakulti ini giat memastikan kurikulumnya selaras dalam menyiapkan graduan dalam menghadapi cabaran praktis global yang dinamik dan ekonomi berasaskan pengetahuan.

Program yang ditawarkan:
Fakulti Komunikasi & Pengajian Media di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah menawarkan satu program Ijazah dan dua Program Diploma.

Program Ijazah Sarjana Muda (Kep.):
1) Ijazah Sarjana Muda (Kep.) Komunikasi Massa ‘Perhubungan Awam’ (MC242)

Program Diploma:
1) Diploma Komunikasi & Media (MC110)
2) Diploma Media Baharu dan Keusahawanan Kandungan (MC111)