PENDAHULUAN

Unit for Academic and Leadership Development (UALD) ditubuhkan untuk menggantikan Unit ILQAM yang telah dimansuhkan dengan penubuhan ILD peringkat UiTM. Melalui penstrukturan semula ini, penubuhan UALD UiTM Melaka adalah untuk memenuhi tanggungjawab universiti untuk menyediakan program latihan dan kemajuan profesional untuk staf akademik. Program ini dibentuk khususnya untuk mencapai keperluan staf akademik yang terdiri daripada pelbagai bidang dari kursus asas pembelajaran dan pengajaran kepada kursus kepimpinan. Kemajuan yang tinggi dalam akademik sesungguhnya akan memperkayakan dan mengukuhkan pembelajaran, pengajaran dan dimensi penyelidikan universiti.

 

UALD MELAKA

Unit for Academic and Leadership Development (UALD)  UiTM Melaka (Kampus Alor Gajah, Kampus Bandar raya dan Kampus Jasin) kini beroperasi di bawah Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Melaka. Unit ini bertanggungjawab dalam merancang serta melaksanakan perancangan latihan dan pembangunan kakitangan akademik di UiTM Melaka sebagaimana berikut:

  1. Keperluan Organisasi
  2. Keperluan Jabatan
  3. Keperluan pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
  4. Pembangunan Diri
  5. Penambahbaikan Skil

 

OBJEKTIF UALD UITM  MELAKA

  1. Menentukan keperluan latihan di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
  2. Merancang dan melaksanakan program-program berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran untuk kakitangan akademik.
  3. Membantu kakitangan akademik mempertingkatkan pembangunan diri melalui kursus-kursus berkaitan penyelidikan dan penerbitan akademik.
  4. Membantu kakitangan akademik menjalani latihan berkaitan ICT untuk tujuan penambahbaikan skil ICT yang sedia ada.
  5. Membantu kakitangan akademik untuk mempertingkatkan pembangunan akademik mereka.
  6. Membantu kakitangan akademik meningkatkan diri untuk memimpin organisasi melalui kursus-kursus kepimpinan.

 

PIAGAM PELANGGAN UALD UITM  MELAKA

Unit for Academic and Leadership Development (UALD) Melaka berjanji dan berusaha untuk:

  1. Merangka kalendar latihan latihan setiap tahun.
  2. Menjana pendapatan melalui kursus/bengkel /konferensi
  3. Menyalurkan maklumat latihan kepada kakitangan akademik dan melaksanakannya seperti yang dirancangkan.
  4. Menyalurkan maklumat latihan kepada kakitangan akademik dan melaksanakannya seperti yang dirancangkan.
  5. Menyiapkan laporan latihan kakitangan akademik dalam masa dua (2) minggu selepas latihan dilaksanakan.
  6. Menghantar borang penilaian keberkesanan latihan kepada kakitangan akademik selepas tiga (3) bulan latihan dilaksanakan.
  7. Mengumpul maklumat jam kehadiran latihan staf akademik serta menyalurkan kepada bahagian yang berkenaan secara online.