Sedang berlangsung Sesi "iCGPA Interactive Engagement Lecture" di Bilik Seminar Tingkat 16, UiTM Kampus Bandaraya, Melaka. Program ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Akademik (UHEK) dengan kerjasama Unit for Academic and Leadership Development (UALD) bertujuan untuk mendedahkan pengetahuan kepada para akademik tentang pelaksanaan dan tatacara merekabentuk kurikulum berdasarkan iCGPA. Sesi disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Jaafar Jantan (DRJJ) kepada kira-kira 60 ahli akademik termasuk Pengurus Utama, Pengurus Program Baru, Resource Person dan AJK OBE di UiTM Cawangan Melaka.

Sumber: 
Dr. Nadzri Hj. Mohd Sharif, 
Penyelaras Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK)