ALOR GAJAH, 26 Sept. - Seramai 40 orang peserta terdiri daripada tenaga pengajar kolej matrikulasi setiap negeri telah menyertai bengkel pemantapan pengajaran perakaunan pada 25 dan 26 September 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat BPF, Kampus Alor Gajah.

Bengkel ini dianjurkan oleh Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Melaka bertujuan memberi pendedahan serta perkongsian tentang pengendalian pengajaran dan pembelajaran subjek perakaunan dalam Bahasa Inggeris di Kolej-kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia.

15 orang pensyarah daripada Fakulti Perakaunan telah terlibat menjadi fasilitator sekaligus membangunjan modul (Financial Accounting & Management Accounting) berdasarkan silibus daripada pihak matrikulasi.

YBhg Prof Madya Sabariah Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka di dalam ucapan penutup kursus petang tadi mengucapkan terima kasih kepada kolej matrikulasi di atas kerjasama yang baik ini dan berharap modul yang dihasilkan nanti dapat memberi kebaikan kepada tenaga pengajar dan pelajar-pelajar matrikulasi.

Turut hadir di dalam majlis penutup ini adalah YBrs. Dr. Rani Diana Othman, TR HEA, YBrs. Puan Suhaila Sabri, Ketua Jabatan Ikhtisas mewaliki Pengarah Matrikulasi, Puan Mazilah Idris, Penyelaras Matapelajaran Perakaunan, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Hamidah Bani, KPP FPN serta fasilitator terlibat.