ALOR GAJAH, 31 Julai 2019 - Seramai 1877 pelajar interim telah menyertai program Changemakers Mindset anjuran Unit Keusahawanan (MASMED), Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri dengan kerjasama Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Melaka telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Taming Sari, UiTM Kampus Alor Gajah.

Penganjuran program ini adalah untuk mencapai agenda “Bumiputra Commercial and Industrial Community” melalui sesi perkongsian keusahawanan oleh Puan Shazleena Abd Janab, Ketua Jabatan Perancangan Perniagaan, Permodalan Nasional Berhad (PNS) dan slot forum bersama Cik Izzah Zakiah Izman, pemilik “insta-shop” tudung bawal jenama “Izzah Zakiah”.

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Khairuman Bin Md Hasim, Timbalan Rektor HEP, turut dihadiri oleh Timbalan Bendahari, En. Md Jasmin Bin Bongkik dan Koordinator Keusahawanan, PJI, Puan Harniyati Hussin.