MELAKA, 17 Januari 2020 – Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan program Reka-13: UNFOLD Graphic Degree Exhibtion 2020 bertempat di Tun Fatimah Riverside Hotel dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian FSSR, YBrs. Dr. Nadzri Mohd Sharif pagi ini.

Program melibatkan 11 orang pelajar semester akhir dari program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik (Kepujian), Pensyarah-pensyarah fakulti, Institut-institut Pengajian Tinggi serta agensi awam dan juga swasta.

Program ini merupakan salah satu keperluan dalam penilaian kursus yang diduduki pelajar AD 241 bagi mempamerkan portfolio kepada tetamu. Ianya diharap dapat membantu pelajar dan bakal graduan membina keyakinan dalam diri, menjalin serta berinteraksi dengan pihak agensi & industri luar.

Pengalaman dan ilmu dalam program ini menjadi salah satu persediaan ke alam pekerjaan dalam sektor industri kreatif. Inisiatif program ini diadakan juga sebagai landasan bagi pelajar semester akhir program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik (Kepujian), FSSR untuk mengketengahkan dan mempamerkan portfolio mereka dalam bidang Seni Reka Grafik di dalam industri seni kreatif. Semoga program ini secara langsung dan tidak langsung dapat memberi inpirasi kepada masyarakat luar mengenai bidang seni dan seni reka grafik.