MELAKA, 7 Mac 2020 –Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Melaka telah mengelolakan program Communicative Approach to English Language (Part II) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, Tanjong Kling, Melaka dengan penyertaan 94 Pelajar dan 6 guru sekolah tersebut. Objektif utama program adalah untuk menerapkan penggunaan Bahasa Inggeris secara komunikatif di kalangan pelajar Tingkatan 6 sebagai instrumen eskpresi, menonjolkan nilai-nilai moral dan kebolehan membuat pertimbangan serta kemantapan hasil dari inovasi dan kreativiti, selaras dengan aspirasi pihak sekolah iaitu meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan MUET.

Seramai 11 orang tenaga pengajar daripada UiTM Cawangan Melaka telah terlibat dengan program ini, Pn. Jean Hoo@ Nur Syaifa Hoo Abdullah, Pn. Nor Atifah Mohamad, Cik Siti Zuraina Gafar@ Abd Ghaffar, Cik Juritah Misman, Cik Azrina Abu Bakar, Cik Afifah Fadhlullah, Pn. Mahdalela Rahim, Dr. Kuldip Kaur a/p Makhtiar Singh, Pn. Anaztasia Natasha Muhammad Ramlan, Pn. Afidah Bidin, dan Pn. Nurul Atiqah Abd Hamid.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Zainal Abidin Joned, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong. Turut hadir En Ahmad Harith Shah Md Yusuf, Koordinator Fakulti Akademi Pengajian Bahasa UiTMCM, Cik Hajjah Roslina Md Jani dan Pn. Zunita Zulkifli Stork, Penolong Kanan Tingakatan 6.