MELAKA, 9 Mac 2020 – Seramai 300 orang pelajar dari 3 buah Kampus UiTM Cawangan Melaka telah menyertai Program Penubuhan Pusat Bertauliah ‘1 Student 1 Skill’ anjuran Unit Kerjaya dan Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia dirasmikan oleh YBhg Profesor Dr. Abd Halim Bin Mohd Noor, Rektor UiTM Cawangan Melaka yang bertempat di Auditorium Ibu Zain, aras 4, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka.

Program yang dijalankan memberikan pendedahan dan menggalakkan pelajar UiTM Cawangan Melaka mengikuti kursus kemahiran sebagai sijil kedua yang akan menjadi nilai tambah kepada bidang pengajian akademik diikuti di kampus sebagai persediaan mereka melangkah ke alam pekerjaan selepas tamat bidang pengajian kelak serta bertujuan untuk melahirkan modal insan yang bukan saja mampu bersaing untuk merebut peluang pekerjaan, tetapi juga menjadi penyumbang kepada pembangunan pelbagai sektor industri di negara ini.

Turut hadir sama, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Dr. Ismadi Bin Md Badarudin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Dato’ Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Bin Jono Dan Timbalan Rektor Pji, Profesor Dr. Shafinar Binti Ismail.