DURIAN TUNGGAL, 22 April 2018 - Seramai 30 orang ahli dan dua orang penasihat Kelab Program Siswa Sihat (PROSIS) UiTM Kampus Jasin telah mengadakan Program ‘Team Building & Bonding with Prosis Jasin 2018’. Program yang berlangsung selama sehari itu telah diadakan di Serama Adventure Park, Durian Tunggal.

Program yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan kerjasama dalam kalangan ahli Prosis Jasin dan juga penasihat kelab. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk menggalakkan budaya sihat dalam kalangan siswa/siswi melalui aktiviti riadah, latihan dalam kumpulan (LDK), ‘treasure hunt’ dan lain-lain lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Penasihat Kelab Prosis UiTM Kampus Jasin iaitu Dr. Abdul Rahman Hj. Sami’on, Cik Umairah Amir dan Encik Mohd Amirul Atan.

Kelab Prosis UiTM Kampus Jasin merupakan sebuah persatuan pelajar baharu yang ditubuhkan pada tahun 2017 dengan matlamat untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan siswa/siswi di UiTM.