BUTTERWORTH, 8 Nov 2018 - Seramai 40 orang Komander Kesatria UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah menyertai program Jelajah Komander ke UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh dan Pengkalan Tentera Udara Butterworth pada 07 hingga 09 November 2018.

Program anjuran Unit Kokurikulum, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya ini telah mencapai objektif program iaitu memberikan pendedahan kepada peserta tentang aspek-aspek penting serta aset-aset pertahanan udara negara serta sesi bertukar pandangan dan pendapat antara di kalangan komander yang menyertai program tersebut.

Antara pengisian program adalah lawatan, sesi taklimat serta pameran aset pertahanan udara negara dan sesi kolokium bersama pegawai, staf dan komander UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Sekalung penghargaan kepada Mejar Azram bin Abdullah, Pegawai Logistik dan pihak TUDM Butterworth atas kesudian bekerjasama dalam menjayakan program ini.