MELAKA, 15 November 2018 - Majlis Pelancaran Pakej Edutourism UiTM Cawangan Melaka telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Ibu Zain, Kampus Bandaraya Melaka. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Prof. Madya Sabariah Hj.Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan-Timbalan Rektor PJI dari kampus-kampus cawangan seluruh Malaysia, Pengarah dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Melaka, organisasi-organisasi setempat, IPTA dan IPTS serta sekolah-sekolah sekitar Negeri Melaka.

Seramai lebih 300 tetamu jemputan dan pelajar berkumpul bagi menyaksikan pelancaran pakej Edutourism UiTM Cawangan Melaka yang terdiri daripada 5 produk iaitu Barista, Wooden Toys, Soft Toys, Batik Canting dan juga Kit Cenderahati. Projek Barista merupakan projek dibawah seliaan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan dan juga Fakulti Pengurusan dan Perniagaan. Manakala untuk Wooden Toys, Batik Soft Toys, Batik Canting dan Kit Cenderahati di bawah seliaan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.

Projek ini merupakan salah satu inisiatif penjanaan pendapatan universiti dan diterajui oleh Prof. Madya Dr.Shafinar Ismail, Timbalan Rektor, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Melaka.