ALOR GAJAH, 19 November 2018 - Seramai 700 orang pelajar dari Fakulti Perakaunan serta 34 vendor telah menyertai Program Impresario 2.0 dan Pelancaran Aplikasi E Wallet Boost peringkat UiTM Cawangan Melaka bertempat di Dewan Kuliah 3, KPP2, UiTM Kampus Alor Gajah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Prof Madya Sabariah Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka.

Program Impresario 2.0 ini akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 19 hingga 22 November 2018 di bawah kelolaan Kelab MeDIA, Biro Keusahawanan dan Kelab MEBA, Fakulti Perakaunan dengan kerjasama pihak dari E Wallet Boost Axiata. Ianya dianjurkan sebagai salah sebuah aktiviti "week without wall" yang sedang berlangsung di UiTM Cawangan Melaka.

Pelancaran Aplikasi E-Wallet Boost ini juga diharap dapat memperkenalkan penggunaan transaksi digital di kalangan mahasiswa serta menggalakkan aktiviti keusahawanan menggunakan teknologi. Vendor-vendor yang terlibat dalam program ini telah berdaftar dalam sistem e-wallet dan akan menggunakan aplikasi e-wallet sebagai transaksi jual beli sepanjang tempoh program ini berjalan.

Turut hadir Prof. Madya Dr Ismadi Md Badaruddin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Encik Ahmad Khairuman Md Hasim, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Encik Khalid Yashaiya, Ketua Pembangunan Strategik Boost Axiata dan Dr. Hamidah Binti Hj. Bani, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan.