ALOR GAJAH, 24 April 2019 - Sesi penyerahan Bendera UiTM dan pelepasan Pasukan Futsal UiTM Cawangan Melaka yang akan beraksi di Liga Premier Kejohanan Futsal IPT (LFIPT) 2019 Fasa 1 oleh YBrs. Prof Madya Dr Ismadi Md Badarudin, Timbalan Rektor HEA merangkap Pemangku Rektor telah berlangsung sebentar tadi. Kejohanan futsal ini akan diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak bermula dari 26 - 30 April 2019.

Pencapaian terbaik pasukan adalah menduduki tangga ke-4 daripada 12 pasukan yang terlibat di Liga Premier pada tahun 2018. Seramai 18 orang pemain (pelajar) dan 4 pegawai sukan iaitu Ketua Jurulatih, Muhammad Syaifullah Norhizan, Penolong Jurulatih, Mohd Azaley Mahat, Pengurus, Muhd Amirul Husny Hasan dan Pembantu Sukan, Mohd Zulkarnain Zakaria akan bersama dalam kejohanan kali ini.

Turut hadir Timbalan Rektor HEP En. Khairuman Hasim memberikan kata-kata semangat kepada para atlet. Misi pasukan futsal UiTM Cawangan Melaka pada masa hadapan ialah untuk beraksi dalam Liga Super pada tahun 2020.