ALOR GAJAH, 24 April 2019 - Program Sekeluarga Tolak Pornografi (SToP) anjuran bersama Biro Iqra’ Fakulti Perakaunan UiTM Melaka, Wadah Pencerdasan Ummah dan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah telahpun berlangsung dengan jayanya.

Program yang dirasmikan oleh Dr Hamidah Bani, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan telah disertai oleh 42 kaunselor sekolah disekitar Alor Gajah, 80 staf dan 125 pelajar Diploma dan Ijazah Perakaunan UiTM Melaka. Dalam arus yang mencabar ini, pihak penganjur melihat ilmu yang perlu disalurkan kepada pelajar bukan sekadar hanya berbentuk ilmiah tetapi juga perlu menerapkan nilai-nilai murni. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs Prof. Madya Dr Ismadi Md. Badarudin, Timbalan Rektor HEA merangkap Pemangku Rektor UiTM Cawangan Melaka.