KLEBANG, 28 April - Seramai 70 pelajar daripada Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dan Kampus Bandaraya telah menyertai aktiviti kesukarelawanan Program 113 OD Triathlon Malaysia - Melaka 2019 (Swim/Bike/Run/Olympic Distance) bertempat di Dataran Klebang dan sekitar kawasan berhampiran.

Pelajar-pelajar telah mendapat pendedahan dan meningkatkan kemahiran secara "hands on" tentang pengurusan acara secara teknikal bagi program sukan antarabangsa. Pelajar-pelajar sukarelawan ini bertugas dalam melancarkan acara sukan ini antaranya water station, road marshall, check point u-turn, transition, pentadbiran. Penglibatan pelajar-pelajar dalam projek ini telah diselia oleh Encik Akmal Adanan dibantu oleh Puan Aida Nur Mohd Kodri.

Turut terlibat dalam aktiviti ini adalah seramai 60 pelajar-pelajar sukarelawan daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Melaka International College of Science and Technology (MICOST).