ALOR GAJAH, 30 April 2019 - Majlis Perasmian Multaqa Huffaz, Peringkat Negeri Melaka yang Pertama melibatkan 395 Huffaz dan 64 orang guru dari 43 buah sekolah Negeri Melaka. Majlis pada hari ini merupakan anjuran bersama Jabatan Agama Islam Melaka dan UITM Cawangan Melaka dengan kerjasama startegik Ibzura World Travel And Tours Sdn Bhd.

Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran dipimpin Ustaz Yuzfariman Bin Bohari, Imam Masjid Daerah Alor Gajah serta Ucapan Alu-aluan oleh En Khairuman Hasim, Timbalan Rektor HEP dan dirasmikan oleh Tuan Md Azhan Samad, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membacakan Teks Ucapan Perasmian YAB Ketua Menteri Melaka, Tuan Adly Bin Zahari.

Program pada sebelah pagi diisi dengan beberapa sesi ceramah antaranya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK), “Menangani Masalah Gejala Sosial dan Salah Laku Jenayah”, disampaikan oleh ASP Mohd Fadhli Bin Hairul Anuar“. Sesi ke dua “Pendidikan Tahfiz Cerah Masa Hadapan (Fast Track SPM)” dari Encik Hj Zulkiefli Bin Hj Abu Bakar, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), “Pendidikan Tahfiz Cerah Masa Hadapan” dari Encik Muhammad Syukri Mohd Ashmir Wong, UiTM Cawangan Melaka dan “Pendidikan Tahfiz Cerah Masa Hadapan (Peluang Kerjaya)” dari Encik Abd Halim Bin Sulaiman, CTRM.