ALOR GAJAH, 2 Mei 2019 - Telah berlangsung pameran seni yang dinamakan Chiang Rai Art Inspiration (CHAI) bertempat di Galeri Seni UiTM Kampus Alor Gajah dirasmikan oleh Dr Mohd Jamil B. Mat Isa, Timbalan Dekan HEP Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) diringi oleh Dr Ros Dahlina Bt Rusli mewakili Galeri GESTURZ UiTM Shah Alam.

Pameran yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Melaka Chiang Rai Art & Culture (MCHAC) yang telah melakukan lawatan balas ke Chiang Rai Rajabhat University, Thailand (CRRU) diketuai oleh Dr Shamiza Abu Hassan, Pensyarah Kanan FSSR UiTM Cawangan Melaka. Turut hadir memberikan sokongan adalah Ketua Pusat Pengajian FSSR, Prof Madya Dr. Azahar Harun, Koordinator Fakulti Pn Siti Sarah Adam Wan serta beberapa pensyarah dan pelajar-pelajar FSSR.

Hasil-hasil karya merupakan gabungan tenaga dari para pensyarah dan pelajar FSSR. Ilham karya yang dipamerkan adalah merupakan apresiasi kenangan dan catatan pengalaman ahli yang mengikuti rombongan ke CRRU pada Februari lalu. Maklum balas yang diterima oleh pihak jawatankuasa berkenaan pameran ini adalah sangat menggalakkan, terutama sekali dari Dr Jamil Mat Isa sendiri, serta Naib Pengerusi CRRU, Asst. Prof. Dr Natthaphon Santhi.