ALOR GAJAH, 14 Ogos 2019 - Telah berlangsung Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) Bangunan Blok Kolej Tun Sabariah, UiTM Kampus Alor Gajah anjuran Unit Pengurusan Kolej Zon C dengan kerjasama Unit Pengurusan Risiko (UPR) dan Pasukan BOMBA & Penyelamat Malaysia balai Alor Gajah dan Masjid Tanah.

Insiden komander yang dilantik pada malam tersebut ialah Pn Noor Faiza M Jaafar dibantu staf residen kolej, En Mohd Hanif Omar bersama ketua-ketua level blok kolej. Operasi latihan oleh Encik Suhairi Mohd Sufian, Penyelia pasukan Balai Bomba Alor Gajah dan Encik Mazlan, penyelia pasukan Balai Bomba Masjid Tanah. Sebanyak 2 jentera dan 1 ambulan Bomba tiba di lokasi pada jam 9.23 malam setelah menerima panggilan kecemasan. Latihan secara keseluruhan berjalan dengan baik dan lancar. Peserta memberikan respon tindakbalas yang pantas dan kerjasama yang baik.

Latihan penutup disempurnakan oleh Pegawai BOMBA Tertinggi PBT Tuan Ayob Saad diiringi En Zulkifly Abd Majid, Pengurus Asrama Kanan, En Zaharin Omar, Pengurus Segimaju Capital, En Muhd Muizzuddin Darus, Koordinator UPR serta staf pengurusan kolej Zon C.