MELAKA, 29 Ogos 2019 - Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif, UiTM Peringkat Zon Selatan 2019 telah berlangsung bertempat di Auditorium Ibu Zain, UiTM Kampus Bandaraya Melaka dirasmikan oleh Dr Nor Hanisah Mohd Hashim, Ketua Inovasi dan kreatif, Institut Kualiti dan pengembangan ilmu InQKA, Universiti Teknologi MARA.

KIK Zon Selatan 2019 yang dianjurkan oleh Unit Kualiti UiTM Cawangan Melaka ini bertemakan Kreativiti Pemangkin Pembudayaan Inovasi disertai oleh 5 pasukan dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Turut hadir Prof Madya Dr Ismadi Md Badarudin, TR HEA, Dr Fahmi Abdul Rahim, PR UiTM Kampus Bandaraya Melaka, serta Wakil Rektor dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Johor.