JASIN, 20 September 2019 - Telah berlangsung Sambutan ‘International Day University Sports’ (IDUS 2019) bertempat di UiTM Kampus Jasin baru-baru ini. IDUS 2019 secara rasminya diperkenalkan oleh United Nations Education, Science and Culture Organisation (UNESCO) pada 2016 dan akan disambut pada 20 September setiap tahun. Tujuan utama perlaksanaan IDUS ini adalah untuk merapatkan jurang hubungan antara ke semua universiti dan komuniti tempatan yang memfokuskan kepada sukan, aktiviti-aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat.

Beberapa aktiviti dijalankan pada malam tersebut diantaranya Senamrobik Perdana, Perkongsian Ilmu Bersama Tokoh Sukan UiTM, Saudara Mohammad Farkhan bin Harun - Peninju Profesional Negara, Perasmian Sambutan ‘International Day University Sports’ 2019 dan Arena Kecergasan UiTM Kampus Jasin oleh Rektor UiTM Cawangan Melaka, Prof. Dr. Abd Halim Mohd Noor.