ALOR GAJAH, 6 Oktober 2019 - Telah berlangsung program Ceramah Hak dan Bengkel Asas Mempertahankan Diri Kor SUKSIS UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama JPJKK IPD Alor Gajah bertempat di Dewan Bendahara, UiTM Kampus Alor Gajah baru-baru ini.

Seramai 150 Kor Suksis hadir mendengar ceramah dan teknik mempertahankan diri yang disampaikan oleh Inspektor Notazila Zainal Abidin. Turut hadir En. Ahmad Khairuman Md Hasim, DSP/KS Ahmad Khairuman Md Hasim, Ajutan Kor Suksis UiTM Cawangan Melaka, pegawai-pegawai Latihan Luar Kor Suksis UiTMCM serta beberapa pegawai polis dari IPD Melaka, Balai Polis Ayer Keroh, Lubok Cina, dan Rumbia.